Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jom Bercuti di Batu Pahat

Batu Pahat merupakan sebuah daerah di negeri Johor. Sebut saja Batu Pahat, ianya sangat sinonim dengan kepelbagaian makan yang sangat menarik malahan terdapat banyak kedai makan di Batu Pahat yang viral di laman sosial. Walau bagaimanapun, Batu Pahat bukan hanya terkenal dengan variasi makanan sahaja, tetapi Batu Pahat juga mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama seisi keluarga. Juga terdapat hotel-hotel yang boleh anda menginap jika bercuti di Batu Pahat.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. Old Street Batu Pahat
Old Street Batu Pahat merupakan sebuah bangunan klasik yang menjadi tarikan terbaru di Batu Pahat yang tidak boleh anda terlepas jika berada disini. Terdapat beberapa restoran, kafe dan pub di sini. Lebih menarik lagi, di atas bumbung bangunan terdapat tempat-tempat yang cantik untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan yang diberi nama Sky Garden Old Street. Ramai pasangan pengantin yang mengambil gambar perkahwinan mereka di sini kerana latar belakangnya yang cantik. Pasti anda tidak mahu terlepas peluang berkongsi gambar anda bersama rakan-rakan di laman sosial bukan.

Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 11.00pm
Telefon: +60 13-666 5800

2. Dataran Batu Pahat(Dataran Penggaram)
Dataran Batu Pahat atau lebih dikenali dengan Dataran Penggaram merupakan tempat yang paling meriah terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah. Dataran ini juga boleh dianggap sebagai ‘uptown’ kerana terdapat gerai-gerai disekeliling tempat ini. Di sinilah terletaknya mercu tanda buatan manusia iaitu arca gergasi tangan yang memahat batu. Selain itu, tempat ini juga sering menjadi tapak untuk acara seperti konsert, motor show, pameran, persembahan kebudayaan, ceramah dan sebagainya kerana kawasan sekelilingnya yang lapang. Pada waktu malam, dataran ini sangat cantik di hiasi pokok-pokok berlampu neon seperti pokok di I-City Shah Alam.

Alamat: Jalan Rahmat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam

3. Taman Rekreasi Tasik Y
Terletak berdekatan dengan Dataran Batu Pahat, merupakan sebuah tasik bekas tapak perlombongan kini merupakan tasik yang amat popular di kalangan orang Batu Pahat. Terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti laluan pejalan kaki, taman permainan, pondok dan sebagainya. Di sini juga terdapat deretan kedai makan yang boleh anda kunjungi untuk mengisi perut. Uniknya disini, terdapat beberapa replika patung dinasour yang pastinya membuatkan anak-anak kecil teruja. Pada pagi hujung minggu, tempat ini meriah dengan pengunjung yang beriadah atau berjogging. Mengapa tasik ini dipanggil Tasik Y? Ianya kerana bentuk tasik yang kelihatan seperti huruf ‘Y’ jika dilihat dari atas.

Alamat: Jalan SejatiPahat Johorjc. ciimb ang, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam

4. Pantai Minyak Beku
Merupakan sebuah pantai rekreasi yang terletak kira-kira 7 km dari Bandar Batu Pahat. Pantai Minyak Beku memang cukup sinonim dikalangan warga setempat untuk bersiar-siar mengambil angin pantai dan memancing. Di Pantai Minyak Beku ini juga terletaknya perigi yang dipercayai dipatah pada batu besar oleh tentera Siam pada zaman dahulu ketika hendak menyerang Melaka. Perigi ini terkenal dengan nama Perigi Batu Pahat. Oleh itu, sebut saja Pantai Minyak Beku, pasti sinonim dengan Perigi Batu Pahat.

Alamat: Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Telefon: +60 17-778 2767

5. Wet World Batu Pahat
Siapa kata di Batu Pahat tiada taman tema air. Walaupun tidak sebesar dan banyak permainan seperti di Sunway Lagoon, Gambang Waterpark dan Wet World Shah Alam, tetapi taman tema air ini mempunyai beberapa gelongsor air dan kolam yang sesuai untuk seisi keluarga berkelah di sini. Satu tempat menarik untuk bersuka ria bersama keluarga mahupun teman-teman.

Alamat: Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm
Telefon: +60 7-433 6060

6. Taman Botani
Terletak di Seri Medan, taman yang asalnya tempat perlombongan ini telah diubah suai menjadi Taman Botani, tempat rekreasi bagi penduduk sekitar. Menariknya di sini, terdapat lanskap yang cantik diubah suai disini. Terdapat payung berwarna-warni yang tergantung di taman ini menjadikan lokasi ini amat di minati oleh anak muda yang suka bergambar. Terdapat juga sebuah tasik cantik yang menenangkan di sini.

Alamat: Seri Medan, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 7.00pm
Telefon: +60 7-485 8101

TEMPAT MAKAN POPULAR

1. Nasi Lemak Cik Chom
Kedai nasi lemak yang viral di laman sosial ini terletak di Batu Pahat. Nasi Lemak ini menjadi viral kerana menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap. Jarang bukan dengar nama nasi lemak sebegitu. Kebiasaannya kita akan makan Nasi Lemak Telur dan Nasi Lemak Ayam. Apa salahnya kita cuba pula Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap ini.

Alamat: No. 16, Jalan Kencana 1a/1, 83300 Sri Gading, Johor
Telefon: 012-707 3471
Waktu Operasi: 4.00pm – 11.00pm (Isnin tutup)

2. Restoran Bariani Power
Penduduk tempatan sudah sinonim dengan nasi bariani yang terkenal ini. Restoran ini menyediakan beberapa menu utama iaitu nasi bariani ayam dan kambing serta hidangan sampingan seperti acar buah dan telur pindang. Tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak merasai keenakan rasa acar buah dan telur pindang yang dimakan bersama nasi bariani. Jika anda mahu membuat sebarang majlis restoran ini juga menerima sebarang tempahan minimum 50 hidangan.

Alamat: No.18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Telefon: 07-4388987 / 07-433 1225
Waktu Operasi: 10.00pm – 7.00pm

3. Mee Racun Tulang
Keenakan mee racun tulang yang menjadi santapan penduduk di sekitar itu membuatkan mee racun tulang antara hidangan yang paling popular di Batu Pahat. Tekstur daging yang sangat lembut serta kuah merah yang pekat dapat memukau pandangan setiap pengunjung yang datang ke gerai ini. Hidangan sampingan popular di gerai makan ini ialah cendawan goreng rangup yang dimakan bersama sambal kicap istimewa.

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor , Malaysia
Nombor Telefon: 017-6746066
Waktu Operasi: 6.00pm – 12.00am

4. Restoran Nikmat Tandoori
Restoran ini menyediakan hidangan yang sangat istimewa iaitu roti naan cheese dihidangkan bersama kima lembu atau daging cincang kari yang boleh membuatkan anda pasti menginginkan hidangan ini dan teruja untuk merasainya. Kelazatan ayam tandoori yang tiada tandingannya kerana menggunakan rempah ratus yang istimewa. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke restoran ini jika berada di Batu Pahat.

Alamat: Lot 154, (WI), Jalan Sultanah, Batu Pahat 83000, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Nombor Telefon: 012-7070724
Waktu Operasi: 3.00pm – 2.00am

5. Restoran Leezo
Bagi anda yang meminati makanan barat, Restoran Leezo adalah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi. Bukan sahaja menyediakan makanan barat tetapi meyediakan masakan panas seperti nasi goreng dan tom yam. Menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan ialah Leezo Chicken Chop. Untuk hidangan utama ini, pengunjung boleh membuat pilihan untuk menikmati chicken chop bersama keju, nanas atau bebola daging. Kerangupan chicken chop beserta sos istimewa black paper yang sangat lazat akan membuatkan anda berasa sangat puas dengan hidangan anda.

Alamat: 17, Jalan Flora Utama 4, Batu 3 1/2, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 019-7701040
Waktu Operasi: 4.00pm – 10.00pm

6. Kedai Makan Rasa Idaman Asli (Asam Pedas Mak Limah)
Menu utama yang disediakan di Kedai Makan Rasa Idaman Asli ialah asam pedas. Kuah asam pedas yang sangat enak dan mampu membuatkan anda mahu tambah lagi disamping ikan yang sangat segar boleh membuatkan anda ingin berkunjung semula ke restoran ini. Selain asam pedas terdapat menu sampingan yang disediakan antaranya ialah ayam rendang, sayur goreng dan sebagainya.

Alamat: Jalan Rogayah, 83500 Batu Pahat, Johor.
Nombor Telefon: 017-603 1059 atau 06-384 3170
Waktu Operasi: 7.30am – 6.00pm

7. Sitam Sup Corner
Jika pengunjung ingin merasai kelainan dalam makanan yang disediakan terutama sup, Sitam Sup Corner menyediakan pelbagai aneka sup dengan resipi yang tersendiri dan harganya yang sangat berpatutan. Kuah sup yang pekat dan pedas disamping tekstur daging yang tidak liat membuatkan sup ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Terdapat pelbagai menu yang disediakan antaranya ialah sup perut, sup lidah dan sup urat yang boleh dimakan bersama roti kosong dan nasi lemak sudah pastinya cukup untuk membuatkan sup ini sangat istimewa dikalangan pengunjung yang datang.

Alamat:  Jalan Rahmat, (BP Walk berhadapan Bank HSBC), 83000 Batu Pahat, Johor , Malaysia
Waktu Operasi: Petang hingga lewat malam

PENGINAPAN

1. Elegant Hotel
Elegant Hotel, adalah sebuah hotel kontemporari yang terletak di bandar Batu Pahat yang memenuhi keperluan perniagaan dan pelancong yang bijak. Direka bagi pelancong perniagaan dan percutian, Elegant Hotel mudah diakses ke Pusat Perniagaan Daerah Batu Pahat dan pusat membeli-belah di bandar ini. Hotel ini juga beberapa minit berjalan kaki dari pusat penjaja, restoran, penata rambut, farmasi, kafe dan karaoke.

Alamat: 28 & 29, Jalan Maju,Taman Maju,83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Telefon: +607 – 4343 666
Email: reservation@eleganthotel.com.my

2. Crystal Inn Hotel
Crystal Inn Hotel terletak di tengah-tengah bandar Batu Pahat, hanya dalam jarak berjalan kaki dari kompleks membeli-belah Summit Parade. Terletak berdekatan dengan hotel ini juga termasuk restoran, bank serta pejabat kerajaan dan perniagaan. Crystal Inn Hotel menyediakan suasana yang mesra dan sentiasa memastikan keselesaan tetamu dengan pelbagai kemudahan termasuk WiFi percuma, saluran Astro yang terpilih, kemudahan seterika, pengering rambut, kunci kunci kad elektronik dan banyak lagi.

Alamat: 36, Jalan Zabedah, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Telefon: +60 7-431 5222
Email: info@crystalinn-hotel.com