Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jom Bercuti di Langkawi

TEMPAT MENARIK

1. Dataran Helang
Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di Dataran Helang sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.

Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam

2. Laman Padi
Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.

Alamat: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon: +60 4-955 3225

3. Kereta Kabel Langkawi
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Telefon: +60 4-959 4225

4. Langkawi Sky Bridge
Jika sudah menaiki kereta kabel jangan lepaskan pelaung menaiki jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.

Alamat: 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon: +60 4-959 4225

5. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.

Alamat: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
Telefon: +60 4-955 6100

6. Pantai Tanjung Rhu
Pantai ini mungkin tidak sepopular Pantai Cenang namun kalau nak dibandingkan dari segi kecantikan pasir pantai dan air laut, rasanya Pantai Tanjung Rhu lebih menarik. Selain itu juga, kawasan pantai disini juga tidaklah sesibuk seperti di Pantai Cenang. Kalau anda hanya ingin bermain pasir pantai dan main air laut dengan lebih tenang tanpa kesesakan pengunjung terutamanya di waktu cuti, lebih baik ke Pantai Tanjung Rhu.


7. Pulau Payar Marine Park
Pulau ini terletak di tenggara pulau utama Langkawi. Pulau Payar terkenal sebagai destinasi terbaik untuk melihat hidupan marin. Disini juga terdapat beberapa pantai berpasir yang sangat sesuai untuk berkelah. Bagi mereka yang ingin hiking menerokai Pulau Payar, terdapat denai yang telah disediakan untuk pengunjung. Kalau berkelah di pantai dan bernasib baik, pengunjung boleh melihat hidupan marin hanya dari pantai seperti anak ikan yu sebagainya.

Alamat: No. 6 Kampong Bendang Baru, Kuah Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam
Telefon: +60 13-350 1205

8. Makam Mahsuri
Bagi kaki subjek sejarah destinasi ini semestinya satu tempat yang perlu anda datang untuk melihat sendiri makam lagenda Pulau Langkawi, Mahsuri. Terdapat juga beberapa informasi bertulis berkaitan Mahsuri dan Pulau Langkawi yang boleh menjadi tatapan anda. Satu tempat menarik di Langkawi yang cukup sinonim pada zaman sekolah dahulu. Tidak jauh dari sini juga terdapat beberapa gerai dan kedai yang menjual produk hasil daripada gamat.

Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 8.30am – 6.00pm
Telefon: +60 4-955 6055

9. Tasik Dayang Bunting
Kalau teringin nak mandi dan berenang di kawasan kurang ombak, bolehlah datang ke sini. Dan yang menariknya disini terdapat lot-lot kolam bersegi yang dibina di atas tasik bagi memudahkan pelancong untuk mandi manda. Keselamatan juga lebih baik disini disini kerana ada jaring dan juga life jacket untuk kanak-kanak. Tasik ini terletak di tengah-tengah pulau jadi anda perlu berjalan dan mendaki sedikit sebelum sampai ke tasik ini. Pemandangan dari atas bukit melihat tasik hijau di depan mata memang sangat menenangkan jiwa yang mungkin sedang gundah gulana.


TEMPAT MAKAN

1. Kak Yan Nasi Campur
Kedai ini menghidangkan nasi putih dengan pelbagai pilihan lauk pauk kampung. Semua lauk-lauk yang disediakan sedap dan berbaloi jika anda makan. Antara makanan unik yang harus anda cuba di sini ialah kerabu bronok. Bronok ia sejenis hidupan laut yang berbentuk seperti gamat atau timun laut. Tekstur bronok lebih kenyal berbanding gamat dan ianya hidup di kawasan yang berlumpur dilaut. Bronok tidak dimasak kerana akan cair bila terkena haba jadi ianya hanya di cuci sehingga bersih dan dipotong untuk dijadikan kerabu. Anda perlu mencuba bronok di Langkawi kerana ianya susah untuk didapatkan di tempat lain.

Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 4.00pm
Telefon: +60 11-2718 7928

2. Restoran Seashell
Makan di tengah-tengah sawah padi satu aktiviti yang menarik bukan. Restoran yang terletak di laman padi ini meemberikan anda pengalaman makan tengah hari dan makan malam di tengah sawah padi. Makan dengan suasana damai dan pemandangan indah sawah padi menberikan anda pengalaman yang indah untuk di bawa pulang. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan melayu daging, ayam mahupun seafood. Semua makanan ini sedap-sedap belaka.

Alamat: Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon: +60 4-955 3581

3. Laksa Power
Terletak di bahu jalan antara lapangan terbang Langkawi dan Pantai Cenang Langkawi. Seperti namanya, laksa powerini memang power dan sangat sedap. Makan laksa pada waktu petang sambil menghadap laut dan anda juga boleh melihat kapal terbang dari jarak yang dekat jika bernasib baik kerana lokasi kedai ini yan g berdekatan dengan lapangan terbang. Selain laksa, menu lain seperti pasembor, cendol dan rojak juga ada disediakan di sini. Jangan ketinggalan untuk merasa makanan di sini jika berada di Langkawi.

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm

4. Restoran Wan Thai
Jika anda terasa ingin makan makanan Thai ketika berada di Langkawi, Restoran Wan Thai lah destinasi yang sesuai. menyediakan pelbagai masakan Thai seperti tomyam dan banyak lagi. ramai yang berpuas hati dengan makanan yang disediakan disini. Bahan yang digunakan segar dan harga yang berpatutan diberikan.

Alamat: 80&82, Langkawi Shopping Mall, Persiaran Bunga Raya, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00am – 3.00pm, 6.30pm – 10.00pm
Telefon: +60 12-430 8014