Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jom Melawat Bukit Gambir

Bukit Gambir, bandar yang paling kecil di daerah Ledang, Johor serta berdekatan dengan bandar Tangkak. Era tahun 60-an hingga 70-an, pekan Bukit Gambir dikenali sebagai pekan koboi kerana struktur kedainya yang menyerupai penempatan Cow-boy. Kini Bukit Gambir telah naik taraf menjadi Bandar Baru Bukit Gambir. Walaupun bandar ini kecil tetapi anda mungkin tidak sangka terdapat beberapa tempat makan yang telah menjadi tarikan pengunjung.


1. Kitchen Brothers Star
Kitchen Brothers Star merupakan kafe yang baru dibuka di Bukit Gambir beberapa bulan yang lalu. Mereka menyajikan makanan barat dan makanan tempatan. Layanan yang diberikan memang tip top dan harga makanan di sini sangat berpatutan. Rugi bagi sesiapa yang datang makan dekat sini tak rasa Chicken Grilled mereka, memang 5 bintang! Selain itu, antara menu yang menjadi kegilaan kafe ini adalah King Fruit Ice Cream. Sesiapa yang belum cuba boleh datang ke sini. Gerenti anda puas hati. Belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu!

Alamat: No.6, Jalan Melor, Taman Melor Utama, 84800 Bukit Gambir
Nombor Telefon: +60 19-633 7856
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 11.00 malam (Isnin Tutup)
Info: Kitchen Brothers Star


2. Restoran Ashraf Budiman
Di Bukit Gambir, Restoran Ashraf Budiman ialah satu-satunya restoran yang menawarkan sajian berkonsepkan ala Thai. Antara menu yang kerap menjadi permintaan pelanggan di sini semestinya tomyam seafood. Hidangan ini mempunyai portion yang agak besar dan isi yang banyak. Selain itu, anda boleh cuba ikan siakap stim mereka yang mempunyai aroma bau yang cukup harum sehingga mampu mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang melihat. Bila datang ke Bukit Gambir, jangan lupa singgah untuk merasa makanan di sini ya?!

Alamat: Lot 1324 Jalan Besar Bukit Gambir Bukit Gambir, 84800 Muar
Nombor Telefon: +60 12-686 2434
Info: Restoran Ashraf Budiman


3. Restoran Al-Insyirah
Apabila pertama kali datang ke Bukit Gambir pastinya anda tidak tahu sarapan pagi di mana kan? Jadi, apa kata anda bersarapan di Restoran Al-Insyirah. Restoran ini merupakan restoran mamak yang menyediakan sarapan pagi seperti roti canai, telur rebus separuh masak, teh tarik, mee goreng mamak, maggi goreng dan macam-macam lagi. Harganya juga sangat berpatutan.

Alamat: Bukit Gambir, 84700 Bukit Gambir, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 24 Jam
Info: Restoran Al-Insyirah


4. Restoran Baung Power
Jom makan tengahari di Restoran Baung Power, bermacam-macam jenis lauk ada di sini. Antaranya adalah ikan baung, udang galah, ikan keli, kambing dan lain-lain. Semestinya menu masakan ikan baung masak asam rebus, ikan baung masak asam pedas, dan ikan baung masak lemak cili padi menjadi pilihan utama pengunjung yang datang makan di Restoran Baung Power. Buat pengetahuan anda, masakan ikan baung di sini memang terbaik! Tak percaya? Datanglah dan cuba sendiri. Sekali sekala tukar selera makan ikan sungai apa salahnya?

Alamat: No. 16 Jalan Perdagangan 7, Pusat Perdagangan Bukit Gambir, 84800 Bukit Gambir, Johor
Nombor Telefon: +60 19-773 0096
Info: Restoran Baung Power


5. Restoran Nasi Dagang D’Ledang
Nasi dagang memang terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, di Bukit Gambir terdapat Restoran Nasi Dagang D’Ledang yang menyajikan menu nasi dagang. Nasi dagangnya setanding dengan nasi dagang di Kelantan mahupun di Terengganu. Nasi dagang biasanya dimakan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun. Menu masakan pantai timur yang lain juga terdapat di sini. Antaranya ialah nasi kerabu, laksam, nasi campur dan sebagainya.

Alamat: 17 Jalan Melor, Taman Melor Utama, 84800 Bukit Gambir, Ledang, Johor
Nombor Telefon: +60 19-646 8350
Info: Restoran Nasi Dagang D’Ledang


6. TOPBurger Bukit Gambir
Sebuah gerai kecil yang diberi nama TOPBurger Bukit Gambir, terletak betul-betul berhadapan dengan Remember Hotel. Menariknya TOPBurger ini ialah Burger Triple yang terdiri daripada gabungan daging, ayam, dan ikan. Roti john pula diperbuat daripada roti yang lembut dan daging berempah. Di dalamnya terdapat 3 jenis sos, iaitu sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Ditambah pula dengan empat jenis sayur-sayuran segar, iaitu salad, timun, bawang serta buah nenas yang mempunyai rasa masam manis.

Alamat: Bandar Baru Bukit Gambir, Ledang. Berhadapan Remember Hotel.
Nombor Telefon: +60 10-897 3080
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.00 malam
Info: TOPBurger Bukit Gambir