Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Kafe Menarik di Georgetown

Georgetown adalah antara bandar urban yang mempunyai banyak kafe yang unik dan menarik. Rakyat Malaysia terutama para remaja tentunya suka akan kafe-kafe ala hipster yang menyediakan makanan barat seperti kek, coffee, pastries dan sebagainya. Oleh itu, di sini tersenarai kafe-kafe menarik yang boleh anda pergi bila mengunjungi bandar Georgetown. Di samping itu, anda boleh merasa kelainan makanan di kafe-kafe tersebut. Selamat mencuba!

1. AB Cafe
Aini Bakker Café atau AB Café bukan sahaja menyediakan menu ‘western food’ malah masakan tempatan turut disajikan di sini. Antaranya adalah Smokey Meatball Bolognese with Wedges, Chicken Black Pepper, dan Nasi Goreng Special. Setiap daripada menu ini mempunyai keunikannya tersendiri. Smokey Meatball Bolognese memberikan kelainan dengan cairan keju di atas bebola daging dan ditambah pula dengan wedges memang gabungan yang sangat ideal. Selain itu, di sini terdapat pelbagai jenis minuman (beverages) yang menggunakan nama unik seperti ‘Virgo The Horse’, ‘Catch A Raising Star’ dan Cinderella. Anda pasti teruja untuk cuba kan?!

Alamat: 32, Jalan Argyll, 10050 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon: +60 4-264 2640, +60 17-359 3597
Waktu Operasi: 3.00 petang – 11.00 malam (Isnin Tutup)
Info: AB Cafe

2. Purrfect Cat Cafe
Untuk pencinta haiwan seperti kucing anda pasti suka makan di sini. Ini kerana konsep kafe ini bertemakan kucing dan membolehkan anda bermain dengan kucing peliharaan pemilik kafe ini. Anda boleh memilih sama ada hendak makan sambil ditemani kucing atau makan dahulu baru bermain dengan kucing-kucing yang ada di sini. Hidangan yang disediakan juga sangat menarik dan kreatif, mampu memikat hati si pemakan. Cubalah hidangan istimewa mereka iaitu Cappuccino Cake. Lihat sahaja kek yang dihidangkan, pasti membuatkan anda tidak sabar untuk merasa.

Alamat: 53, Jalan Muntri, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-261 1197
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)
Info: Purrfect Cat Cafe

3. The Table Penang
Kafe ini memiliki pelbagai reka bentuk meja makan yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung di sini. Hiasan di dinding kafe juga sangat cantik dan kreatif. Signature dish mereka adalah ‘Spoof Burger’ iaitu roti burger yang berwarana-warni, Meatball, dan Bubblegum Soda. Walaupun menu di sini nampak ringkas tapi sedap! Yang seronoknya dekat sini mereka ada sediakan banyak port untuk mengecas telefon, laptop dan menikmati WI-FI secara percuma! Jika ada kelapangan bolehlah ajak kawan-kawan anda ke sini

Alamat: 27, Lebuh Carnarvon, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon: +60 12-385 3892
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.00 malam
Info: The Table Penang

4. Mugshot Cafe
Mugshot Café ini terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Kafe ini digemari oleh pengunjung untuk bersarapan pagi. Anda harus cuba sandwich bagel dan yogurt homemade mereka! Kedua-dua menu tersebut telah menjadi kegemaran orang ramai yang telah berkunjung ke kafe ini. Yogurt homemade yang digabungkan dengan buah nangka dan sirap gula Melaka memang kombinasi yang sangat sesuai. Tidak terlalu manis kerana rasa yogurt yang masam mampu memberi rasa yang sangat unik. Bagel pula, anda boleh memilih sama ada hendak inti keju, salmon, atapun ham bersama telur.

Alamat: 159, 63, Muntri St, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 12.00 malam (Isnin – Sabtu), 7.30 pagi – 12.00 malam (Ahad)
Info: Mugshot Cafe

5. Monkeycup Cafe
Jika anda seorang peminat tegar kopi, MonkeyCup Café adalah tempat yang harus anda tuju. Kafe ini mempunyai kelainannya tersendiri kerana menyediakan kopi premium peaberry yang didatangkan khas dari Thailand. Malah, kafe ini turut menyajikan masakan thai. Berbeza dengan kafe-kafe lain yang lebih kepada masakan barat. Bagi penggemar masakan thai, Phad Thai adalah antara menu yang mesti anda cuba. Cheesecake dalam balang adalah pencuci mulut paling famous di sini. Terdapat pelbagai perisa cheesecake yang boleh anda pilih, antaranya perisa greentea, oreo, stawberi dan macam-macam lagi. Jangan lupa cuba ya!

Alamat: Jalan Chow Thye, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon: +60 12-209 5536
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 1.00 pagi (Jumaat dan Sabtu), 9.00 – 12.00 malam (Isnin – Khamis dan Ahad)
Info: MonkeyCup Cafe

6. Jawi House Cafe Gallery
Jawi House Café Gallery ini mempunyai suasana nyaman dan santai. Sambil menikmati makanan, anda boleh cuci mata dengan karya-karya seni yang dipamerkan di dalam kafe ini. Perkhidmatan dan layanan yang diberikan juga sangat memuaskan. Kafe ini menawarkan masakan peranakan jawi dengan sentuhan barat-fusion. Hidangan istimewa kafe ini adalah nasi lemuni, laksa dan roti jala. Anda akan dapat rasa keunikan nasi lemuni dihidangkan bersama telur rebus, timun, ikan bilis goreng dan kari ayam.

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 4-261 3680
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam (Selasa Tutup)
Info: Jawi House Cafe Gallery

7. The Alley Penang
The Alley Penang Cafe menyajikan pencuci mulut istimewa seperti kek keju, cronut, dan churros. Cronut di sini sentiasa dihidangkan panas-panas. Bila digigit ia rangup di luar dan sangat lembut di dalam. Jika anda seorang peminat keju anda harus cuba kek keju lemon mereka yang lembab, lembut serta cair di mulut. Rasa nikmat sangat! Churros pula anda boleh memilih sama ada ingin dicicah bersama caramel ataupun coklat. Kopi yang disediakan di sini juga memang terbaik. Bau aroma kopinya sangat wangi.

Alamat: 5, Lorong Stewart, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon: +60 4-261 3879
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam
Info: The Alley

8. Wheeler’s Coffee Cafe
Keunikan kafe ini adalah menggunakan basikal sebagai tema. Melangkah masuk sahaja ke dalam kafe, tayar-tayar basikal yang tergantung di atas siling akan menarik perhatian sesiapa yang datang ke sini. Dekorasi dalaman kafe ini sangat kreatif! Kafe ini menyajikan makanan ala barat seperti Chicken Espresso, Spaghetti Marinara, Chicken Sliders, dan banyak lagi. Menu Chicken Espresso menampilkan kelainan dengan gabungan daging ayam dan kopi. Bunyi nampak pelik tapi bila dah masuk ke dalam mulut anda pasti akan tergamam kerana rasanya yang terlalu sedap.

Alamat: 67 Lorong Love, George Town, 10200 George Town
Nombor Telefon: +60 4-261 3570
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 12.00 malam
Info: Wheeler’s Coffee Cafe

9. Behind 50
Selain menyajikan masakan yang lazat dan kopi yang aromatik, kafe ini turut mempamerkan karya seni, barangan antik, dan galeri gambar. Antara hidangan istimewa mereka adalah Mushroom Soup dihidangkan dengan Garlic Bread, Chicken Ham dan Ikan Mix Vege. Jika anda tidak suka dengan minuman berkafein seperti kopi, anda boleh memilih untuk memesan minuman lain yang menyegarkan seperti Ribena lemon, pic, blueberry ataupun ais lemon.

Alamat: 50 Love Lane, George Town
Nombor Telefon: +60 12-556 5509
Waktu Operasi: 6.00 petang – 1.00 pagi (Khamis Tutup)
Info: Behind 50

10. The Safe Room
Safe Room Café terkenal dengan menu Coconut Ice-cream Nitro dan Dragon’s Breath popcorn. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti kopi dan kek. Ramai pengunjung datang ke sini semata-mata ingin mencuba aiskrim gas nitrogen. Aiskrim nitrogen di sini dibuat daripada kelapa segar dicampur dengan aiskrim vanila dan cecair nitrogen. Aiskrim yang dihasilkan menggunakan gas nitrogen ini lebih ringan, gebu dan berkrim. Portion untuk hidangan istimewa aiskrim kelapa ini boleh dikongsi seramai 3 orang, memang puas bila makan! Rasanya tidak terlalu manis walaupun ditambah dengan sirap gula.

Alamat: 42, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town
Nombor Telefon: +60 16-521 2860
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam (Isnin Tutup)
Info: The Safe Room

11. Moody Cow Dessert Cafe
Bagi sesiapa yang merancang untuk diet pasti akan terpengaruh dengan tagline kafe ini iaitu “Diet are for Losers. Eat the Cake!” mendalam maksudnya. Kafé ini menyajikan pelbagai pilihan dessert yang membuatkan sesiapa sahaja rambang mata. Bagi penggemar dessert, bersedialah untuk mencuba sesuatu yang baru dan unik – Beijing Moon Cheesecake. Pastikan anda cuba kek keju telur masin atau Beijing Moon Cheesecake. Kek keju yang dibuat daripada kuning telur masin memberikan rasa yang unik. Sedap! Datanglah Moody Cow Dessert Café untuk cuba sendiri.

Alamat: 170, Transfer Road, 10050, Georgetown
Nombor Telefon: +60 12-313 8865
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 12.00 malam (Isnin Tutup)
Info: Moody Cow Dessert