Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Kafe Pilihan di Melaka

Melaka merupakan negeri yang terkenal dengan tarikan tempat bersejarah. Masa akan lebih bermakna jika anda meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang bercuti di Melaka. Tetapi, jika anda bercuti tanpa menikmati makanan yang sedap di sana, maka tidak lengkaplah percutian anda. Sekiranya, anda di Melaka, atau merancang untuk ke Melaka, ini adalah beberapa cadangan kafe pilihan untuk anda kunjungi.

1. Cofeology Cafe & Restaurant
Jika anda mencari tempat untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan sambil menikmati makanan, Cofeology-lah tempatnya! Oleh kerana kafe ini berhampiran dengan MMU, maka kebanyakan pelajar memang suka melepak di sini sambil menikmati minuman dan pencuci mulut yang sangat lazat. Di samping itu, kafe ini sangat menjaga kualiti dan rasa kopi. Boleh dikatakan biji kopi untuk menghasilkan minuman di sini mempunyai standard kelas pertama.

Alamat: 23, Ixora Condomunium, Bukit Beruang Street, De Dahlia Avenue, Jalan Ixora, 75450, Melaka, Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-393 4000
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam (Isnin Tutup)
Info: Cofeology Cafe & Restaurant

2. TBC
TBC atau Teddie Bear Café ini adalah kafe yang bertemakan anak patung beruang. Masuk sahaja ke dalam kafe ini terutama perempuan dan kanak-kanak pasti akan teruja kerana setiap sudut dihiasi dengan teddy bear pelbagai saiz, menarik kan?! Antara kelebihan bila makan di kafe ini, anda dibenarkan untuk bermain dengan teddy bear sambil menikmati makanan ala barat yang disajikan. Bagi yang suka berselfie jangan lepaskan peluang bergambar di sini untuk menambah koleksi memori anda. Para lelaki yang sedang buntu mencari tempat makan untuk teman wanita anda, TBC adalah pilihan yang sangat tepat. Teman wanita anda pasti akan sukakannya!

Alamat: Lot F3-021, F3-022, Level 3, Terminal Pahlawan, bandar hilir, Jalan Merdeka, 75000 Melaka, Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-281 9423
>Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
>Info: TBC

3. Paddles & Beans Cafe
Paddles & Beans Cafe adalah salah satu restoran yang menghidangkan masakan berkonsepkan Itali dan pelbagai hidangan lain pada harga yang berpatutan. Tidak sempurna rasanya makan di Paddles and Beans jika tidak mencuba laksa nyonya yang merupakan hidangan istimewa mereka. Bagi yang lapar tetapi hanya mahukan makanan ringan, bolehlah memesan waffle kerana waffle di sini dihidangkan dengan portion yang banyak. Yang menariknya, semua kek yang dijual di sini semua adalah handmade! Pekerja atau pelayan mereka pula sentiasa mesra dan bersedia melayan karenah pelangggannya.

Alamat: No. 2, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, Melaka, 75200 Malacca, Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-288 0368
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam (Selasa Tutup)
Info: Paddles & Beans Cafe

4. Grow Coffee
Grow Coffee menggunakan tema hitam dan putih untuk hiasan dalaman kafe mereka. Sangat sesuai untuk anda yang ingin melepak dan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Walaupun hiasan dalaman restoran nampak ringkas tetapi pencuci mulut dan makanan di sini tidak kurang hebatnya. Cubalah rasa kopi mereka yang pelbagai perisa seperti Mocha, Copuccino, Espresso, Americano, dan lain-lain. Selain itu, Honey Toast yang diletakkan aiskrim serta potongan kecil buah-buahan segar di atasnya pasti akan mengiyurkan anda! Berita baik untuk anda tiada caj perkhidmatan dan GST yang dikenakan di sini!

Alamat: Jalan Kota Laksamana 3/7, Kampung Enam, 75200 Melaka, Malaysia
Nombor Telefon: 016-2289321, 016-8709321
Waktu Operasi: 3.00 petang – 12.00 malam (Selasa hingga Jumaat) 12.00 tengahari – 12.00 malam (Sabtu dan Ahad)
Info: Grow Coffee

5. Billionaire’s / Grind Shack
Dekorasi dalaman yang sangat cantik dan ringkas, membuatkan kafe ini mudah menjadi tarikan dimata pengunjung. Kafe ini menyediakan makanan barat yang mempunyai rasa sangat unik. Anda patut cuba Caramel Sutra Ice Cream yang dibuat menggunakan resipi kafe ini sendiri. Rasa aiskrim yang sangat memuaskan hati ditambah pula dengan bertih jagung dan karamel yang ditabur di atasnya membuatkan sesiapa sahaja pasti menginginkan hidangan ini.

Alamat: 8-1, Jalan Lagenda 6, Taman 1 Lagenda, 75400, Melaka.
Nombor Telefon: +60 13-201 8282
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.00 malam
Info: Billionaire’s / Grind Shack

6. Truly Two Cafe
Bagi penggemar dessert, Truly Two Café ini sangat sesuai untuk anda kunjungi. Anda boleh menikmati dessert seperti Madagascar Sundae yang di dalamnya terdapat brownies yang dipotong kecil, hirisan pisang yang dimasukkan ke dalam gelas. Dihiasi pula dengan sos coklat, berry, dan aiskrim coklat. Marvellous! Hidangan yang paling HOT dekat sini adalah milkshake. Bayangkan milkshake yang diadunkan bersama sos caramel, salted pretzel, dan cheese cake pasti membuatkan si pemakan terasa nak lagi dan lagi.

Alamat: No. 9, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Seksyen IV, Mukim Bukit Baru, Melaka, 75150 Melaka, Malaysia
Nombor Telefon: +60 6-284 3488
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 9.30 malam (Isnin Tutup)
Info: Truly Two Cafe

7. Brats & Uni Cafe
Terlalu penat atau mempunyai tekanan dan emosi yang tidak stabil atau apa-apa yang mengusutkan fikiran? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Brats & Uni Café kerana makanan di sini mampu membahagiakan anda. Malah, suasana kafe juga sungguh santai dan menenangkan. Saya mengesyorkan anda semua untuk cuba Shakes Sinful, minuman yang telah menjadi kegemaran semua orang yang datang makan di kafe ini! Saya yakin bila sampai ke Brats & Uni Cafe ini tentu anda akan lupa semua rancangan diet anda^^

Alamat: 29 Jalan Ixora off Jalan Bukit Beruang (P/Puri Ixora), Bukit Beruang, 75450 Melaka
Nombor Telefon: 06-2327138, 013-3801138
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.45 malam
Info: Brats & Uni Cafe