Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Gelang Patah

Tempat makan di Gelang Patah, Johor

1. Restoran Marni
Retoran ini terkenal dengan menu Mee Bandung Udang Galah. Dengan kuah yang pekat serta menggunakan udang galah yang segar membuatkan hidangan itu sungguh melazatkan. Restoran ini dibuka dari pagi hingga ke malam. Tetapi, jika anda mahu makan Mee Bandung Udang Galah, ia akan mula pada waktu petang. Pada waktu lain, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai menu lain yang disediakan.

Alamat: Taman Nusa Perintis 2, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30am – 11.00pm

2. Nasi Lemak Kukus, R&R Gelang Patah
Nasi Lemak Kukus R&R Gelang Patah ni memang menjadi pilihan ramai kerana kesedapannya. Adunan santan dan nasi yang seimbang, ditambah dengan ayam goreng yang telah diperap dengan rempah menjadikan ayam ini enak dimakan dengan nasi lemak . Jadi jika anda nak rasa nasi lemak kukus bersama dengan ayam goreng berempah bolehlah singgah ke Gerai No 9, RNR Gelang Patah, hala ke Tuas, Singapore.

Alamat: Malaysia-Singapore Second Link, Kampung Tiram Duku Kiri, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia

3. Restoran Tanjung Nelayan
Restoran ini adalah antara tempat makan “seafood” yang terbaik di Johor. Lokasinya tidaklah terlalu jauh dari Johor Bahru, dan anda boleh mencarinya dengan mudah. Menu makanan laut yang dihidangkan seperti masakan udang, ikan, sotong, ketam dan pelbagai lagi yang boleh dipesan mengikut pilihan anda. Suasana restoran ini amat mendamaikan dengan berlatar belakang pohon pokok dan pemandangan Selat Tebrau.

Alamat: Jalan Tanjung Kupang, Pendas, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia
No. Telefon: 013-761 6623
Waktu Operasi: 8.00am – 11.00pm

4. Restoran Terapung Pendas
Satu lagi restoran makanan laut yang terdapat di Gelang Patah. Jarak restoran ini dengan Johor Bahru tidaklah terlalu jauh tetapi ia lebih dekat dengan Nusajaya. Menu di restoran ini adalah makanan laut seperti masakan udang, ketam, sotong yang boleh dipesan mengikut pilihan anda. Suasana restoran ini amat mendamaikan dengan latar belakang pokok-pokok bakau serta pemandangan negara Singapura yang boleh dilihat dengan jelas di seberang laut.

Alamat: Sungai, Pendas, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 13-702 4394
Waktu Operasi: 1.00pm – 11.00pm

Tempat menarik di Gelang Patah, Johor

1. Legoland Theme Park
Legoland Theme Park adalah sebuah taman tema dan tempat pelancongan yang popular di Johor. Terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik. Bawalah keluarga anda bersama untuk merasakan keseronokan

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-597 8888

2. Town Sanrio Hello Kitty
Anda mempunyai anak perempuan? Bawalah mereka ke Town Sanrio Hello Kitty. Ia merupakan salah satu tarikan di Puteri Harbour Indoor Theme park. Bertempat di Nusajaya, tempat ini amat sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
No. Telefon: +60 7-291 3535

3. Pinewood Iskandar Malaysia Studios
Pinewood Iskandar Malaysia Studios adalah sebuah kompleks studio terletak di tapak seluas 20 hektar di Iskandar Puteri. Di sini anda boleh melihat lokasi pengambaran serta mengetahui bagaimana filem dihasilkan. Beberapa rancangan tv seperti Asia’s Got Talent, Hi-5, Sembang The Tarik dan untuk film pula Marco Polo dan Lost in The Pacific telah dirakamkan di sini.

Alamat: 1, 79250, Persiaran Layar Perak, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-560 1888
Waktu Operasi: 8.30pm – 6.00pm

4. Taman Aktiviti Angry Birds
Taman Aktiviti Angry Birds pula merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada oktober 2014. Taman permainan ini berada Pusat Membeli-belah Komtar, JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya .

Alamat: Level 3 KOMTAR JBCC, Centre, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No.Telefon: +60 7-221 0260
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

5. Dataran Mahkota
Terletak di tengah-tengah Kota Iskandar, Dataran Mahkota adalah tempat yang sesuai untuk berehat dan bersantai. Yang menjadi tarikannya seperti taman, pemandangan hijauau dengan air pancut yang menyegarkan dan hiasan dengan simbol-simbol melambangkan Johor.

Alamat: Lebuhraya Sultan Iskandar, Puteri Harbour, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia

6. Forest City Water Park
Forest City Water Park merupakan salah satu taman tema air yang terdapat di Johor. Taman permainan air ini dilengkapi dengan gelongsor, pistol air, jet air, baldi dan pelbagai lagi yang pasti memberi kepuasan kepada anak-anak anda untuk bermain. Di samping itu, pemandangan sekitar juga sangat menarik dengan pelbagai replika haiwan yang di pamerkan di tepi pantai . Jadi, sambil menunggu anak-anak anda bermain air, anda bolehlah bergambar di tepi pantai atau dengan replika yang ada.

Alamat: Forest City Country Garden, Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 9.00pm

Tempat penginapan di Gelang Patah, Johor

1. D Elegance Hotel
D Elegance Hotel adalah hotel yang moden dan selesa di Nusajaya, Johor. Hotel bergaya ini mempunyai 56 bilik tetamu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Lebih menariknya, perkhidmatan penyewaan kereta juga tersedia. D Elegance Hotel juga menyediakan kemudahan mesyuarat dan simpanan bagasi. Tidak perlu risau akan tempat parking kerana kemudahan parking tersedia di luar hotel.

Alamat: 06-01, Jalan Nusaria 11/6, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-553 9951
Laman Web: www.delegancehotel.com

2. Natura Hotel
Natura Hotel terletak tidak jauh dari Legoland Malaysia di samping tempat tarikan yang berhampirannya. Hotel yang terbaru di Gelang Patah pastinya menawan hati anda untuk menginap di sini kerana selain daripada kemudahan asas kebanyakannya tersedia, kedai-kedai berdekatan menjadikan anda tidak bimbang terhadap makanan atau keperluan peribadi harian di samping hotel sekeliling yang sunyi, anda pastinya dapat tidur dengan nyenyak. Hotel yang modern ini bakal menjadi pilihan anda untuk bermalam sempena bercuti atau singgah semasa perjalanan bisnes.

Alamat: 15, Jalan Nusaria 6/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-509 0511
Laman Web: www.nusajayanaturahotel.com