Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Ipoh

TEMPAT MENARIK

1. Movie Animation Park Studio (MAPS Ipoh Perak)
Merupakan tarikan pelancong di Ipoh yang baru dilancarkan pada Jun 2017. Taman tema yang lebih kepada pengembaraan watak-watak animasi kartun popular dari dalam dan luar negara. Konsep tarikan pelancongan disini memang sangat menarik baik aktiviti bersama kanak-kanak atau aktiviti yang memberi debaran jantung pada tahap maksimum dengan permainan-permainan seperti rollet coaster, space shuttle, dan sebagainya. Walaupun harga tiket yang agak mahal, ianya berbaloi kerana ianya bertaraf antarabangsa. Sekarang anda tidak perlu melaburkan wang untuk tiket penerbangan ke luar negara untuk pergi ke taman tema seperti ini sebagai contoh Universal Studio Singapura dan Disneyland Hong Kong.

Alamat: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
Telefon: +60 5-501 5666

2. Lost World Of Tambun
Taman tema ini sangat popular di Ipoh. Satu-satunya penginapan dan taman tema yang dikelilingi batu kapur. Tempat percutian keluarga yang amat ideal. Di sini juga terdapat permainan lasak seperti roller coaster bagi anda yang tidak mahu basah. Bukan sahaja menyediakan aktiviti yang menarik bagi kanak-kanak dan orang muda, tetapi juga terdapat kolam air panas dan spa untuk bersantai yang sesuai bagi orang yang berumur.

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon: +60 5-540 8888

3. Gua Tempurung
Tidak perlu terbang ke Sarawak semata-mata untuk melihat pembentukan stalaktit dan stalagmit di gua batu kapur kerana anda boleh lihat semuanya dalam gua ini. Terletak di Gopeng, ia antara gua terpanjang di Semenanjung, iaitu kira-kira 1.9km. Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga. Yang inginkan cabaran, boleh mengambil pakej aktiviti lasak yang ditawarkan.

Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung,, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia
Telefon: +60 5-359 1561

4. Muzium Darul Ridzuan
Bagi yang ingin mengetahui sejarah pembangunan Ipoh, lawatilah muzium yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini. Menariknya seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris. Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.

Alamat: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Perak, 30000 Ipoh, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm
Telefon: +60 5-241 0048

5. Stesen Kereta Api Ipoh
Digelar Taj Mahal Ipoh oleh penduduk setempat kerana reka bentuk binaannya hampir menyerupai bangunan terkenal itu. Dikelilingi oleh pokok hiasan berbunga menambahkan lagi seri bangunan berwarna putih ini. Jika siangnya, ia menjadi tumpuan orang ramai yang mengguna perkhidmatan kereta api, waktu malam di dataran hadapan stesen bertukar menjadi kawasan riadah keluarga, anak-anak remaja bermain rollerblade dan pertunjukan oleh kumpulan buskers.

Alamat: Stesen KTM Ipoh, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

6. Taman Rekreasi Gunung Lang
Destinasi wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi. Dengan menaiki bot yang disediakan, pengunjung dibawa menyeberangi tasik sambil melihat panorama menarik di sekeliling bukit batu kapur sebelum tiba di taman rekreasi. Ia dihiasi dengan aneka species tumbuhan berbunga dan kolam-kolam kecil, sesuai dijadikan lokasi bergambar. Selain itu, pengunjung boleh memanjat menara tinjau dan memberi ikan makan.

Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 8.30am – 6.00pm
Telefon: +60 5-208 3333

7. Taman Jepun
Jika tidak puas menikmati kehijauan alam di Gunung Lang, pencinta alam boleh bersantai di Taman Mini Jepun yang terletak dalam Taman D.R. Seenivasagam. DIhiasi dengan rock lantern, rock water pitcher dan dikelilingi pula dengan pohonan bambu, pokok willow serta pokok pain menjadikannya seolah-olah sebuah taman di Fukuoka, Jepun. Memang terasa tenang dan mendamaikan berehat di taman ini.

Alamat: Taman Jepun, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia

8. ‘Art Of Oldtown’
Bagi yang meminati lukisan mural, jangan lepaskan peluang mengambil gambar hasil seni Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuan dengan kerjasama Oldtown White Coffee. Lukisan ini memaparkan sejarah dan warisan yang terbina apabila Ipoh menjadi bandar letaknya kilang Oldtown serta lahirnya Oldtown White Coffee.

Alamat: 1, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

9. Kinta Riverfront
Seakan-akan i-City dalam kawasan yang lebih kecil. Pohon-pohon sepanjang Sungai Kinta berhadapan Hotel Kinta Riverfront dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni. Disini juga disediakan perkhidmatan sewa basikal di mana pengunjung boleh menunggang secara solo, berdua ala-ala pasangan romantik dalam drama Korea ataupun bertiga.

Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon: +60 5-245 8888

TEMPAT MAKAN

1. Nasi Vanggey Greentown
Nasi Vanggey ini merupakan makanan yang amat popular di Ipoh. Nasi ini dimakan dengan ayam goreng, ayam goreng ros atau ayam madu yang dikatakan amat sedap. Ada juga yang memanggil nasi ini sebagai nasi ganja. Selaim nasi dan lauk pauk, roti naan disini juga dikatakan antara roti naan yang terbaik di Ipoh. Pilihan utama pastinya roti naan cheese yang amat memikat selera.

Alamat: 18F, Jalan Labroy, Taman Idris, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 11.00pm
Telefon: +60 5-506 0386

2. Mee Daud Mat Jasak
Mee kari dan mee kicap juga makanan yang melambangkan keunikan makanan di Ipoh yang jarang didapati di tempat lain. Mee kari ipoh tidak sama dengan mee kari yang lain menyebabkan ianya menjadi sesuatu yang menarik di Ipoh. Restoran ini menyajikan mee kari yang dikatakan terbaik di Ipoh malahan ramai pengunjung luar yang menjadikan restoran ini sebagai destinasi yang wajib dituju untuk makan. Selain mee kari, mee kicap turut popular di sini. Menu mee kicap amat sukar untuk dicari ditempat lain.

Alamat: No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30am – 2.00pm, 4.30pm – 10.15pm
Telefon: +60 19-441 0096

3. Restoran Mee Rebus Ramli
Nama Mee Rebus Ramli ini memang cukup popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi di sekitar Ipoh. Kalau anda ke Ipoh, jangan ketinggalan memakan makanan ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. Kuahnya yang pekaat dan sedap menambah kesedapan mee rebus di sini. Selain mee rebus, restoran ini juga menyediakan makanan lain seperti asam laksa, nasi ayam dan banyaklagi makanana barat.

Alamat: Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 6.00am – 11.00pm
Telefon: +60 13-581 7601

4. Medan Selera Taman Kanak Kanak
Jika anda mencari tempat makan yang terbaik ketika bersiar-siar di Ipoh, medan selera ini mungkin sesuai untuk dikunjungi kerana di sini terdapat beberapa makanan yang digeemari ramai. Antara makanan populoar di sini ialah popiah basah SS Ali. Selain popia basah, satay endut juga dikatan sedap untuk dinikmati. Juga terdapaat menu-menu lain seperti sup, nasi lemak pandan dan juga pencuci mulut seperti Laici Kang dan ABC.

Alamat: Lot 4797, Jalan Kuala Kangsar, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 7.30pm
Telefon: +60 12-500 3887

PENGINAPAN

1. The Haven Resort Hotel
The Haven Resort Hotel adalah resort suite hotel yang unik, terletak di pinggir hutan dara, dengan tasik yang sentiasa mengalir dan singkapan batu kapur berusia 280 juta tahun, namun hanya 15 minit dari pusat bandar Ipoh, Malaysia. Apabila tiba di The Haven Resort Hotel, anda akan dihidangkan dengan minuman bagi menyambut kedatangan anda. Para tetamu boleh mendapatkan melihat pemandangan indah alam semula jadi. Bayangkan bangun di pagi hari dengan pandangan yang menyegarkan ke tasik dan hutan!

Alamat: Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan), 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon: + 605-540-0000
Laman Web: thehavenresorts.com