Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Kota Bharu

1. Menara Rehal
Sesuatu yang tidak akan terlepas dari pandangan sesiapa saja yang datang ke Kota Bharu ialah mercu tanda bandar ini iaitu Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra. Ia juga dikenali dengan nama Menara Rehal. tempat ini menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati dan sangat dekat dengan Istana Jahar.

Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

2. Pasar Siti Khadijah
Pasar ini cukup terkenal dan menjadi tarikan pelancong yang bercuti di Kelantan. Ia adalah sebuah kompleks perniagaan barangan tempatan seperti makanan, pakaian, kain batik, tudung dan bermacam-macam lagi.

Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 6.00pm
Telefon: +60 9-748 4477

3. Masjid Beijing Rantau Panjang
Jika anda ke Rantau Panjang, jangan lupa singgah di Masjid Beijing Rantau Panjang atau nama sebenarnya Masjid Jubli Perak Sultan Ismail. Seperti namanya, ia adalah sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk unik dan sangat mengagumkan.

Alamat: Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia
Telefon: +60 9-791 6666

4. Tasik Danau To’Uban
Tempat menarik lain yang ada di Pasir Mas ialah Tasik Danau To’Uban. Ia terletak di Kampung To’Uban iaitu kira-kira 20km dari bandar Pasir Mas. Tasik ini menawarkan pemandangan indah permai kepada pengunjung. Kehijauan pokok-pokok hutan yang mengelilingi kawasan ini cukup menenangkan dan sangat sesuai dijadikan lokasi perkelahan atau perkhemahan. Aktiviti memancing juga boleh dilakukan di tasik yang mempunyai beberapa spesis ikan termasuk talapia, kelah, baung, dan lampam. Tarikan lain yang ada ialah Masjid Brunei atau Masjid Putih Danau Tok Uban yang cantik terletak ditepi tasik.


5. Pantai Geting
Satu lagi pantai yang cantik di Kelantan ialah Pantai Geting yang terletak bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh. Pantai ini turut menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk berehat menikmati pemandangan laut yang menarik. Ia merupakan tempat rekreasi dan perkelahan di hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Kawasan pantai yang luas berpasir landai sangat sesuai untuk mandi manda. Malah ramai yang bermain layang-layang, bola tampar pantai dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin bercuti, ada resort dan homestay berhampiran pantai yang boleh dijadikan lokasi penginapan.


6. Taman Negeri Gunung Stong
Bagi pencinta alam semulajadi, Taman Negeri Gunung Stong adalah tempat menarik di Kelantan yang mesti dikunjungi. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan alam semulajadi yang terbaik di Malaysia. Antara tarikan yang ada disini ialah Gunung Stong dan Gunung Ayam yang sering menjadi pilihan para pendaki.

Alamat: Darulnaim, Dabong, Kelantan, Malaysia

7. Wakaf Che Yeh
Tempat shopping yang amat galak bila malam menjelma. Orang ramai akan berpusu ke Wakaf Che Yeh menjelang petang, dan terdapat banyak barangan seperti kain batik, kain sarung, pelikat pants, seluar jeans pelbagai jenama, mainan kanak-kanak, aksesori kenderaan, pinggan mangkuk, kelengkapan bilik tidur, pakaian dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Di sini juga anda boleh dapat makanan tradisional Kelantan yang dijual di warung tepi jalan, dan juga kedai makan berhampiran.

Alamat: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

8. Bank Kerapu
Bank Kerapu atau dikenali sebagai Memorial Perang Dunia Kedua adalah merupakan tempat menarik yang patut anda kunjungi. Disebut sebagai Bank Kerapu kerana bangunan ini mempunyai dinding yang tidak licin dan menggerutu. Terletak berdekatan dengan Istana Jahar, ia menempatkan bahan sejarah perang dunia kedua, yang mana Kelantan mempunyai signifikasi khusus tentang sejarah pendudukan Jepun ketika itu.

Alamat: Jalan Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm (Sabtu & Ahad tutup)
Telefon: +60 9-748 2266

TEMPAT MAKAN BEST

1. Kedai Kopitiam Kita
Kedai Kopitiam Kita adalah kedai makan yang mesti anda kunjungi kalau anda bercuti ke Kelantan. Di sini, anda boleh temui pelbagai hidangan sarapan pagi seperti nasi berlauk yang pelbagai lauk dan banyak lagi. Paling istimewa di Kedai Kopitiam Kita ialah roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak.

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 1.30pm
Telefon: 019-9810888

2. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Restoran ini menyediakan hidangan nasi putih dan lauk-pauk ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu. Berkonsep layan diri, pasti anda akan sangat berpuas hati dengan harga makanan disini yang sangat perpatutan.

Alamat: Jalan Hilir, Kampung Kraftangan, 15300 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00am – 5.00pm (Jumaat tutup)
Telefon: +60 19-940 6066

3. Kedai Nasi Kak Wok
Antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap.

Alamat: Jalan Tengku Mohd Maasum, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 3.00pm
Telefon: +60 14-805 3110

4. Warung Pak Mat Pulau Pisang
Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan. Menu istimewa disini ialah Sup Kepala Ikan. Harganya memang mahal sedikit tetapi amat berbaloi jika anda mencubanya. Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah. Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Telefon: 013-919 8131

5. KST Ikan Bakar
Tempat makan ini terletak di Wakaf Che Yeh jadi jika anda ke Wakaf Che Yeh, bolehlah anda singgah makan disini. Terdapat banyak lagi tempat ikan bakar di Kelantan, namun kedai makan ini lebih pupolar selain Raja Ikan Bakar.

Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30am – 4.00pm
Telefon: +60 13-919 8131