Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Perlis

TEMPAT MENARIK

1. Masjid Terapung Al Hussain
Masjid ini terletak di Kuala Perlis berhampiran dengan jeti Kuala Perlis. Masjid yang menghadap Selat Melaka ini memberikan pemandangan yang sangat indah pada waktu senja. Fakta menarik bagi masjid ini ialah dinding masjid ini tidak bercat kerana bahan binaanya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles marmar dan kuartz yang menelan belanja RM12 juta. Selain itu, terdapat beberapa buah pokok kurma yang diimport khas dari tanah Arab bagi mencantikkan lagi masjid ini.

Alamat: 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia

2. Padang Besar
Padang Besar merupakan destinasi yang amat popular di Perlis. Padang Besar bagaikan syurga bagi wanita yang gemar membeli belah. Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang murah. Dan rata-rata peniaga ada yang dari Malaysia dan ada yang dari Thailand.

Alamat: Perlis, Malaysia

3. Muzium Kota Kayang
Jika anda berminat untuk mengetahui tentang sejarah silam negeri Perlis, anda boleh berkunjung ke Muzium Kota Kayang ini. Muzium yang menyimpan pelbagai khazanah penting ini terletak di Marhum Kayang. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Galeri Am, Galeri Diraja dan Kebudayaan serta Galeri Arkeologi dan Senjata.Pemandangan muzium ini amat cantik kerana berlatar belakangkan sebuah bukit kecil kehijauan dan mempunyai sebuah tasik di hadapannya.

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia
Telefon: +60 4-977 0027

4. Gua Kelam
Gua Kelam adalah salah sebuah gua yang cukup menarik ada di semenanjung Malaysia. Terdapat sungai didalamnya yang mengalir jernih. Ia pernah digunakan untuk operasi perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Kini terdapat laluan pejalan kaki yang dibina bagi memudahkan pelancong meneroka didalamnya. Lampu juga telah dipasang menjadikan gua ini tidak lagi kelam seperti dahulu. Apa yang menariknya, dihujung perjalanan, pelancong akan keluar ke suatu taman yang cantik dikelilingi pokok-pokok besar yang menghijau. Ia benar-benar mengagumkan.

Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm
Telefon: +60 12-455 2121

5. Ladang Anggur
Taman Anggur Perlis adalah satu tempat menarik di Perlis yang cukup popular dikalangan pelancong tempatan. Ini kerana ramai yang ingin melihat secara dekat bagaimana rupa pokok yang berasal dari luar negara ini dan bagaimana ia ditanam. Lokasi taman anggur ialah di Kangar, berhampiran Taman Ular dan Taman Herba. Pengunjung boleh belajar proses dari memetik buah anggur sehinggalah ke proses mengasingkan buah yang berlainan gradeserta proses pembungkusan. Selain itu, pengujung juga boleh membeli buah anggur di kaunter pintu masuk dengan harga RM10 untuk 500g dan alami pengalaman makan buah anggur yang segar dari ladang.

Alamat: R119, Kampung Lembah Tuwi, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Telefon: +60 4-977 0433

6. Ladang Tebu Chuping
Ladang Tebu Chuping ini merupakan ladang tebu terbesar di Malaysia. Ladang tebu seluas 22,000 hektar ini menghasilkan gula bukan sahaja untuk dipasarkan di negeri Perlis, malahan di negeri lain di Malaysia. Anda boleh membawa anak-anak kesini bagi mereka menambah ilmu pengetahuan tetang dari mana datangnya gula. Ladang tebu yang besar ini juga memberikan pemandangan kehijauan yang cantik.

Alamat: KM 23, Jalan Kilang Gula Chuping, 02400, Beseri, Perlis, 02400, Malaysia
Telefon: +60 4-944 1002

7. Taman Ular dan Reptilia
Taman ini mempunyai lebih 200 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesis. Spesis-spesis ular disini terdiri daripada spesis ular dari dalam dan luar negara. Seain untuk pameran, penyelidikan turut dijalankan dimana kajian anti-racun dijalankan secara menyeluruh bagi tujuan perubatan. Selain ular hidup, adajuga pameran ular yang sudah mati yang diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung melihat dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang ular-ular ini.

Alamat: Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400 Kangar, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 4-976 8511

TEMPAT MAKAN

1. Anjung Keli
Tempat makan yang amat populr di Perlis. Apa yang menarik disini? Tentulah menu ikan keli bakar yang menjadi kegilaan ramai pada waktu makan tengahari. Selain ikan keli, masakan kampung lain juga banyak yang dihidangkan disini. Jadi jika anda tidak makan ikan keli anda boleh mencuba lauk lain yang tidak kurang hebatnya.

Alamat: Medan Sri Pulai,, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 4.30pm (Jumaat tutup)
Telefon: +60 19-443 3384

2. Restoran Kak Su Laksa
Restoran Kak Su Laksa ialah restoran yang menyediakan laksa terbaik di Kuala Perlis yang wajib anda cuba jika berada di Perlis. Bak kata orang setempat, Laksa ‘Kola'(Laksa Kuala) yang paling best. Kedai laksa ini memang tersohor dantelah beroperasi sejak tahun 2002. Yang menariknya disini, semua bahan untuk membuat laksa disediakan sendiri oleh tuan kedai termasuk mee laksanya sendiri. Kuah laksa yang pekat menggunakan ikan selayang yang segar menjadikan laksa disini amat sedap.

Alamat: Kuala Perlis No 97, Medan Niaga Kuala Perlis, Jalan Siakap Satu, 02000, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00pm – 6.00pm (Selasa tutup)
Telefon: +60 12-550 0365

3. Nasi Ganja Repoh
Nasi yang berwarna kuning ini dihidangkan dengan ayam goreng berempah. Bau harum nasinya dicampur dengan bau rempah ayam goreng di sini pasti menggoda selera anda. Resepi nasi ganja ini berasal dari Selatan Thailand. Nama sebenar nasi ini ialah Nasi Kumok atau nama ejaan yang betul Nasi Khao Mok. Mungkin nasi ini dipanggil Nasi Ganja kerana jika anda mencubanya anda pasti akan rasa ketagih untuk mencubanya. Harga sebungkus nasi ini hanya Rm4.50.

Alamat: 703A, Pesiaran Jubli Emas, Kampung Tanjong Gorah, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 3.30pm (Sabtu & Ahad tutup)

4. Api-Api Ikan Bakar
Jika anda ingin makan makanan laut yang segar serta ikan bakar yang sedap, anda boleh ke restoran ini. Pilihan makanan laut yang ditawarkan memang banyak. Menu selain ikan bakar yang sering menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini ialah kerang dan sotong goreng tepung. Anda dinasihatkan un tuk membuat tempahan sebelum makan di sini supaya anda tidak perlu menunggu lama. Suasana makan disini ditemani dengan bayu laut yang nyaman.

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia
Waktu Operasi: 5.30pm – 11.30pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 12-480 1173