Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Shah Alam

Bandar yang merupakan ibu negeri bagi negeri Selangor ini diketahui mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati kerana kedudukannya yang terletak di daerah Petaling. Shah Alam pernah terkenal dengan nama ‘Bandar Perindustrian’ kerana ianya padat dengan kilang-kilang multinasional. Pembangunan pesat dan terancang menjadikan Shah Alam sebuah pusat pentadbiran, perniagaan, pendidikan serta perdagangan yang terbesar di Selangor.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. I-City Shah Alam
Tempat yang paling seronok untuk dilawati semua orang tidak kira peringkat umur. Destinasi ini amat popular di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini pada waktu siang dan malam. Tarikan yang terdapat di dalam I-City ialah snowalk, taman tema air, taman tema kering, wax museum, taman yang mempunyai ratusan pokok-pokok berlampu LED untuk bersiar-siar dan mengambil gambar serta galeri lukisan 3D juga terdapat di sini. I-City ini boleh dikatakan serba lengkap la.

Alamat: D-1-G, /AJ, Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (Ahad tutup)
Telefon: +60 3-5521 8868

2. Laman Seni 7
Bagi peminat lukisan mural, anda tidak perlu ke muzium 3D yang memerlukan bayaran. Di sini anda dapat lihat lukisan-lukisan mural tanpa bayaran. Laman Seni 7 ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam atau lebih tepat di lorong belakang Jalan Plumbum 7/Q. Pelbagai motif dan imej seni yang sarat dengan mesej tersendiri yang terpilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dengan tema “Komuniti Shah Alam” serta “Mesra Alam” boleh dilihat di sepanjang lorong belakang ini.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam
Telefon: +60 13-973 3110

3. Taman Botani
Bagi anda yang sukakan ketenangan alam semulajadi yang dikelilingi dengan panorama hijau, anda boleh berkunjung ke sini. Ianya merupakan taman pertanian pertama dan terbesar, juga satu-satunya teman pemeliharaan semula jadi di Malaysia. Lebih menarik, taman ini juga mempunyai Rumah Iklim Sederhara Empat Musim yang memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia menyaksikan secara dekat musim luruh, salji, bunga dan panas sperti di luar negara.

Alamat: Taman Pertanian Malaysia, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30am – 5.00pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 3-5510 6922

4. Muzium Sultan Alam Shah
Jika anda ingin mengetahui dan meneroka sejarah pembangunan negeri Selangor, anda disarankan untuk melawati pusat khazanah warisan negeri yang seluas 135 000 kaki ini. Muzium ini menempatkan hampir 4000 artifak dala balai sejarah, balai kebudayaan, balai warissan alam semula jadi dan balai Islam.

Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 5.30pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 3-5519 0050

5. Wet World
Wet World Water Park Shah Alam, yang juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia terletak dilokasi strategik berlatar belakangkan Masjid Biru di Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Permainan yang menjadi tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter. Di samping itu WWWP turut mempunyai beberapa permainan baru seperti Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2, Selangor Darul Ehsan, 40000 Shah Alam, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
Telefon: +60 3-5510 2588

6. Galeri Shah Alam
Galeri yang menempatkan pelbagai lukisan dan karya seni yang dihasilkan oleh karyawan tempatan dan juga luar negara. Terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan semestinya satu tempat yang sesuai bagi anda yang gemarkan lukisan dan kesenian. Lebih seronok datang jika ada pameran atau event tertentu disini.

Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 3-5510 5344

7. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini menyerlahkan lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam menjadi mercu tanda bandaraya ini. Ianya juga mempunyai kubah masjid terbesar di dunia manakala menaranya merupakan menara kedua tertinggi di dunia. Jika mengelilingi Shah Alam tetapi tidak berkunjung ke masjid yang juga dipanggil Masjid Biru ini bagaiakan tidak lengkap.

Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telefon: +60 1-300-88-5050

TEMPAT MAKAN BEST

1. Kedai Makan Pecal Lele
Terletak di Padang Jawa, menawarkan makanan yang berasakan menu masakan Jawa seperti bakso, nasi ayam penyet, pecel lele dan sebagainya. Harga yang amat berpatutan ditawarkan menyebabkan kedai ini penuh dengan pelanggan pada waku tengahari.

Alamat: Kampung Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00am – 12.00pm

2. Kedai Nasi JJ Kak Wok
Nasi Kak Wok adalah nasi berlauk versi Kelantan. Menu makanannya amat simple tetapi mempunyai ramai peminat setia. Nasi Kak Wok ini semuanya dibungkus tanpa pinggan walaupun anda makan dikedai kerana itulah style tersendiri nasi Kak Wok. Terdapat banyak cawangan yang telah dibuka kerana popularitinya yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia.

Alamat: 50, Jalan Opera J U2/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: 8.30am – 6.00pm
Phone: +60 12-685 7674

3. Pak Li Kopitiam Seksyen 7
Jika anda berjalan-jalan di Seksyen 7, anda bolehlah mencuba kopi putih disini kerana minuman itu amat disyorkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan menyangselalu terdapat di kopitiam seperti roti bakar, telur separuh masak, nasi lemak dan lain2. Walau bagaimanapun menu lain seperti nasi ayam lemon, kuew teow goreng, chicken chop hainan dan laksa juga menjadi kegilaan disini.

Alamat: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 1.30am
Telefon: +60 3-5511 3608

4. Foodsbury Seksyen 9
Foodsbury mempunyai banyak menu western yang menggamit selera anda. Restoran yang menyediakan menu western ini merupakan restoran yang gah di Shah Alam dan sering menjadi buah mulut orang tempatan. Menyediakan makanan ber’grilled’, pasta, desert, aneka kek, salad dan minuman yang unik dengan harga yang berpatutan sesuai untuk dinner bersama rakan-rakan atau keluarga.

Alamat: Wisma Faiz Azrina, No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia
Waktu Operasi: 12.00pm – 11.00pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 3-5523 5213