Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Makan Best di Lumut

Lumut yang terletak di Perak mesti orang akan kaitkan dengan navy dan kapal laut. Ya, memang tidak dapat dinafikan Lumut memang terkenal dengan aktiviti perkapalan dan maritim kerana ia berhampiran dengan laut. Namun, Lumut juga adalah sebuah destinasi pelancongan yang ideal untuk dikunjungi. Disebabkan Lumut dekat dengan laut, makanan laut di sini boleh dijamin 100% segar. Lantaran itu, saya ingin mencadangkan beberapa tempat makan best di Lumut yang menawarkan makanan laut dan pelbagai makanan lain.

1. Capri Restaurant
Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan Itali atau barat. Datanglah ke Capri Restaurant kerana di sana terdapat masakan Itali yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Salmon Steak, Pizza, Yummy Risotto Rice Seafood, Mixed Grill, Beef Lasagna, dan banyak lagi. Bagi yang ingin memesan pizza saya cadangkan anda memilih Quattro Stagioni Pizza. Ia dihidangkan dalam 4 jenis perisa yang berbeza. Bukan sahaja sedap malah, jauh lebih sedap daripada kedai-kedai pizza lain. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Alamat: 4174 & 4175, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut
Nombor Telefon: +605-683 3118, +605-6833112
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 11.30 malam (Isnin – Jumaat)
Info: Capri Restaurant

2. Iwan Grill Place
Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Lumut ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Iwan Grill Place. Iwan Grill terletak di jalan menuju ke kubur Cina (Manjung), orang Manjung pasti tahu. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba Grill Chicken Chop with black pepper sauce kerana daging ayamnya yang lembut bersama sos yang sangat sedap boleh membuatkan anda jatuh cinta. Menu lain seperti Spagetti Aglio Olio yang nampak simple, tapi dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Iwan Grill ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat.

Alamat: 11, Jalan SM 1d/1, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
Nombor Telefon: 014-5613241
Waktu Operasi: 6.30 petang – 11.30 malam (Isnin – Ahad)
Info: Iwan Grill Place

3. Restoran Silaturrahim
Restoran Silaturrahim merupakan restoran yang menghidangkan masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, tempoyak, budu, dan macam-macam lagi. Aneka jenis minuman sejuk dan panas juga terdapat di restoran ini. Mereka menggunakan konsep layan diri dan signature dish restoran ini adalah raja segala jenis ulaman. Cakap sahaja mahu ulam apa, semua jenis ulam dan pelbagai jenis lauk ada di sini. Percayalah yang anda akan rambang mata dengan lauk-pauk yang tersedia. Restoran Silaturrahim memang terbaik, dan saya syorkan sesiapa sahaja untuk singgah makan tengahari di sini. Bukan sahaja mempunyai menu dan lauk-pauk yang sedap, malah harganya juga murah!

Alamat: No. 3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut.
Nombor Telefon: 019-574 7491
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 4.00 petang (Jumaat Tutup)
Info: Restoran Silaturrahim

4. Restoran Bakau D’Muara
Sekiranya anda bercuti di Lumut bersama keluarga hendak makan malam. Bolehlah singgah makan di Restoran Bakau D’Muara. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang, ketam, sotong dan banyak lagi. Selain itu, anda boleh cuba sup cendawan mereka walaupun pedas tapi sedap memang sesuai untuk anda yang suka makan pedas. Ditambah pula dengan pemandangan dan persekitaran restoran yang bersih boleh membuatkan selera makan anda meningkat. Saya jamin rasa makanan di sini semuanya ‘holiyau’ double thumbs-up iaitu sangat sedap. Kalau anda tidak percaya, datanglah sendiri untuk menikmati makanan di sini!

Alamat: Persiaran Lumut Permai 1, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
Nombor Telefon: 012-4326449, 017-5807669
Info: Restoran Bakau D’Muara

5. Restoran D’Warisan
Selain Restoran Silaturrahim, Restoran D’Warisan yang terletak di Teluk Muroh ini juga turut menyajikan masakan kampung dan ala thai. Beberapa faktor anda mesti datang makan di restoran ini adalah oleh kerana harga makanannya yang murah dan memiliki tempat meletak kereta yang luas, sangat sesuai untuk anda yang datang berkonvoi ke Lumut untuk singgah makan tengahari di sini. Bermacam jenis pilihan lauk disediakan. Antaranya sambal sotong, gulai kambing, ikan bakar dan banyak lagi. Ikan bakar di sini dibakar sehingga betul-betul masak dan isi ikan menjadi lembut. Jangan lupa pula untuk mencuba siput sedut masak lemak cili api di sini memang kalau dah order tak berhenti menyedut lah jawabnya sebab terlalu sedap!

Alamat: No 12, Jalan Teluk Batik, Kg Teluk Muroh, 32200 Lumut Perak
Nombor Telefon: 05-6838391
Waktu Operasi: 7.30 pagi – 1.00 petang (Isnin, Rabu – Ahad)
Info: Restoran D’Warisan

6. Horizon Garden Restaurant
Bagi sesiapa yang datang ke Lumut atau Seri Manjung anda boleh mencuba masakan di Restoran Horizon Garden. Antara masakan yang patut anda cuba adalah ikan siakap stim masak nyonya style, fried prawn with butter, Fried Beancurd dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda ramai artis yang pernah singgah makan di restoran ini! Antaranya adalah Zahid, Ali XPDC, Wahid Senario, Yantzen, Jimmy Shanley dan Mawi. Ini menunjukkan bahawa restoran ini sangat terkenal dari kalangan artis. Selalunya restoran ini penuh dengan pelanggan yang tidak henti-henti datang walaupun pada hari biasa. Jadi, pastikan anda menempah tempat sebelum datang.

Alamat: No. 7, Persiaran Pm 3/2, Pusat Bandar Syeksyen 3, 32040, Seri Manjung, Perak, 32000, Malaysia
Nombor Telefon: 05-6888799
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 3.30 petang dan 6.00 petang – 11.00 malam
Info: Horizon Garden Restaurant