Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Makan Menarik di Batu Pahat

Bandar Batu Pahat sememangnya sinonim dengan kepelbagaian makanan yang sangat menarik. Terdapat 12 tempat makan terbaik di Batu Pahat yang boleh dikunjungi.

1. Sitam Sup Corner
Jika pengunjung ingin merasai kelainan dalam makanan yang disediakan terutama sup, Sitam Sup Corner menyediakan pelbagai aneka sup dengan resipi yang tersendiri dan harganya yang sangat berpatutan. Kuah sup yang pekat dan pedas disamping tekstur daging yang tidak liat membuatkan sup ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Terdapat pelbagai menu yang disediakan antaranya ialah sup perut, sup lidah dan sup urat yang boleh dimakan bersama roti kosong dan nasi lemak sudah pastinya cukup untuk membuatkan sup ini sangat istimewa dikalangan pengunjung yang datang.

Alamat:  Jalan Rahmat, (BP Walk berhadapan Bank HSBC), 83000 Batu Pahat, Johor , Malaysia
Waktu Operasi: 6.30 Petang hingga lewat malam
Info: Sitam Sup Corner

2. Kedai Makan Rasa Idaman Asli (Asam Pedas Mak Limah)
Menu utama yang disediakan di Kedai Makan Rasa Idaman Asli ialah asam pedas. Kuah asam pedas yang sangat enak dan mampu membuatkan anda mahu tambah lagi disamping ikan yang sangat segar boleh membuatkan anda ingin berkunjung semula ke restoran ini. Selain asam pedas terdapat menu sampingan yang disediakan antaranya ialah ayam rendang, sayur goreng dan sebagainya.

Alamat: Jalan Rogayah, 83500 Batu Pahat, Johor.
Nombor Telefon: 017-603 1059 atau 06-384 3170
Waktu Operasi: 7.30 Pagi hingga 6.00 Petang
Info: Kedai Makan Rasa Idaman Asli (Asam Pedas Mak Limah)

3. Restoran Leezo
Bagi anda yang meminati makanan barat, Restoran Leezo adalah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi. Bukan sahaja menyediakan makanan barat tetapi meyediakan masakan panas seperti nasi goreng dan tom yam. Menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan ialah Leezo Chicken Chop. Untuk hidangan utama ini, pengunjung boleh membuat pilihan untuk menikmati chicken chop bersama keju, nanas atau bebola daging. Kerangupan chicken chop beserta sos istimewa black paper yang sangat lazat akan membuatkan anda berasa sangat puas dengan hidangan anda.

Alamat: 17, Jalan Flora Utama 4, Batu 3 1/2, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 019-7701040
Waktu Operasi: 4.00 Petang hingga 10 Malam
Info: Restoran Leezo

4. Restoran Bariani Power
Penduduk tempatan sudah sinonim dengan nasi bariani yang terkenal ini. Restoran ini menyediakan beberapa menu utama iaitu nasi bariani ayam dan kambing serta hidangan sampingan seperti acar buah dan telur pindang. Tidak lengkap sekiranya pengunjung tidak merasai keenakan rasa acar buah dan telur pindang yang dimakan bersama nasi bariani. Jika anda mahu membuat sebarang majlis restoran ini juga menerima sebarang tempahan minimum 50 hidangan.

Alamat: No.18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 07-4388987 atau 07-433 1225
Waktu Operasi: 10.00 Pagi hingga 7.00 Malam
Info: Restoran Bariani Power

5. Mee Racun Tulang
Keenakan mee racun tulang yang menjadi santapan penduduk di sekitar itu membuatkan mee racun tulang antara hidangan yang paling popular di Batu Pahat. Tekstur daging yang sangat lembut serta kuah merah yang pekat dapat memukau pandangan setiap pengunjung yang datang ke gerai ini. Hidangan sampingan popular di gerai makan ini ialah cendawan goreng rangup yang dimakan bersama sambal kicap istimewa.

Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor , Malaysia
Nombor Telefon: 017-6746066
Waktu Operasi: 6 Petang hingga 12 Malam
Info: Mee Racun Tulang

6. Restoran Ceria Maju
Restoran ini menyediakan pelbagai makanan ala thai khususnya. Antara menu yang popular ialah tom yam sea food dan ikan siakap 3 rasa. Selain itu, restoran ini menyediakan makanan steamboat dan BBQ. Jika anda ingin datang ke Batu Pahat, singgahlah ke restoran Ceria Maju kerana makanan yang disediakan sangat sedap dan terasa keaslian ala thai.

Alamat: Jalan Ampang Jaya 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 06-2327138, 013-3801138
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 11.45 malam
Info: Restoran Ceria Maju

7. Kelab Kopi Cafe
Bagi penggemar kopi, anda boleh singgah ke Kelab Kopi Cafe yang menyediakan minuman yang berasaskan kopi untuk anda merasai sendiri kenikmatan kopi kurang asid sambil melihat hiasan yang sangat antik dan unik membuatkan anda rasa bagaikan berada pada zaman dahulu. Jika anda baru pertama kali berkunjung kesini, anda boleh mencuba kopi latte yang menjadi minuman kegemaran pengunjung yang datang. Kelab Kopi Cafe juga menyediakan makanan melayu dan barat serta makanan ringan jika anda ingin bersantai bersama keluarga sambil menikmati kopi yang anda pesan.

Alamat: 1337, Jalan Abu Bakar, Bandar Penggaram, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 07-4312328
Waktu Operasi: 4.00 Petang hingga 12.00 Pagi
Info: Kelab Kopi Cafe

8. Daddy Village
Jika anda ingin merasai kelazatan makanan Cina, Nyonya dan Barat yang halal, Daddy Village adalah pilihan yang sangat tepat. Untuk anda yang baru pertama kali ingin merasai makanan Nyonya anda wajib merasai hidangan Nyonya Chicken Rendang with Rice yang mempunyai kelazatannya yang tersendiri. Rasa ayam rendang yang tidak sama dengan ayam rendang melayu kerana mempunyai rasa ala nyonya yang sangat asli.

Alamat: 18 & 20, Jalan Kundang 3, Taman Bukit Pasir, 83000, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 07-4339118
Waktu Operasi: 8.30 Pagi hingga 10.00 Malam
Info: Daddy Village Restaurant

9. Gerai Makan Atan Pisang Goreng
Menu utama yang wajib bagi santapan pengunjung ialah gabungan antara pisang goreng yang rangup dan mee goreng di dalam satu hidangan membuatkan gerai makan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sambal tumis dan sambal kicap yang disediakan sangat sesuai untuk mereka yang suka makan makanan yang pedas. Rugi jika anda tidak berkunjung ke gerai ini apabila anda berada di Batu Pahat.

Alamat: 6, Jalan Kenangan, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00 Pagi hingga 7.00 Malam
Info: Gerai Atan Pisang Goreng

10. Restoran Nikmat Tandoori
Restoran ini menyediakan hidangan yang sangat istimewa iaitu roti naan cheese dihidangkan bersama kima lembu atau daging cincang kari yang boleh membuatkan anda pasti menginginkan hidangan ini dan teruja untuk merasainya. Kelazatan ayam tandoori yang tiada tandingannya kerana menggunakan rempah ratus yang istimewa. Jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke restoran ini jika berada di Batu Pahat.

Alamat: Lot 154, (WI), Jalan Sultanah, Batu Pahat 83000, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Nombor Telefon: 012-7070724
Waktu Operasi: 3.00 Petang hingga 2.00 Pagi
Info: Restoran Nikmat Tandoori

11. Akbar Cendol
Cuaca panas lembab di Batu Pahat membuatkan anda terasa haus dan pasti mahu menikmati sesuatu yang sangat segar dan sejuk. Akbar Cendol menyediakan cendol yang terbaik di Batu Pahat. Dengan harga serendah RM1.20, anda boleh mencuba pelbagai jenis cendol antaranya ialah cendol kacang dan cendol pulut yang mampu membuatkan anda puas menikmati hidangan pencuci mulut ini. Rasa cendol yang tidak terlalu manis dan menggunakan santan segar membuatkan Akbar Cendol istimewa dimata pengunjung.

Alamat: 12, Jalan Engan, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: 012 739 9054
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6.30 Petang
Info: Akbar Cendol