Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Makan Sedap di Johor Bahru

Sesiapa yang baru pertama kali datang ke Johor Bahru (JB) pasti tercari-cari tempat makan yang sedap dan berbaloi untuk dikunjungi. Daripada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang sehinggalah ke makan malam. Di JB, terdapat banyak kedai makan yang menyediakan pelbagai makanan tempatan mahupun makanan barat. Ayuh kita lihat antara tempat makan terbaik yang terdapat di JB.

1. Restoran ZZ Sup Tulang
Tarikan utama di restoran ini ialah Sup Tulang dan Mee Rebus Tulang. Sup Tulang ZZ yang pekat dan rasa rempah yang superb, sangat sesuai dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja. Mee Rebus Tulang pun menyelerakan. Straw besar disediakan bersama hidangan ini untuk memudahkan anda menyedut isi dan jus di dalam tulang. Bila dapat sedut segala isi di dalam tulang, memang terasa nikmatnya! Selain Mee Rebus Tulang, restoran ni juga menjual makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng, Kerang Bakar dan termasuklah otak-otak sebagai appetizer yang terkenal di Johor Bahru.

Alamat: Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 12-722 7209
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 2.00 pagi
Info: Restoran ZZ Sup Tulang


2. Murtabak Majid Special Cheese
Murtabak Special Cheese No. 1 di Restoran Murtabak Majid adalah yang paling trending di JB. Murtabaknya kaya dengan cheese, inti daging cincang serta bahan-bahan lain. Anda boleh memilih sama ada makan bersama kuah kari ataupun sos dan timun ala-ala Murtabak Singapore. Anda akan dapat rasa cheese yang mengalir di dalam mulut apabila memakannya. Kalau tak suka murtabak cheese, murtabak biasa pun ada. Tapi dah alang-alang sampai JB ni tak pekena Murtabak Majid Special Cheese No. 1 memang rugi! Lihat sahaja dah terliur.

Alamat: No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 12-756 3245
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 7.00 petang
Info: Murtabak Majid Special Cheese No. 1


3. Asma Rojak Larkin
Kedai Asma Rojak ini terletak di Plaza Larkin. Kesedapan rojak di sini adalah terletak pada kuah kacangnya. Bahan-bahan didalamnya ala-ala pasembur penang – ada cucur tepung, cucur udang, sayur-sayuran seperti salad dan timun. Untuk sedikit rasa pedas terdapat juga hirisan cili. Bahan-bahan yang lain pula kebanyakkannya di goreng, antaranya telur rebus, kentang, tempe, tauhu, fish ball, fish cake, ada tambahan ketam celup tepung, sotong, udang dan macam-macam lagi. Makan pula bersama dengan kuah kacang yang lemak-lemak manis. Fuhhh memang terbaik!

Alamat: Lot 4280, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam
Info: Asma Rojak Larkin


4. Kapten Steamboat & Grill
Bagi sesiapa yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai, Kapten Steamboat & Grill adalah restoran yang sesuai untuk anda kunjungi. Anda boleh memilih sama ada ingin makan steamboat secara buffet ataupun set, bergantung kepada minat dan kuantiti makanan. Steamboat di sini segar dan pelbagai. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte seperti nasi, mee dan sebagainya. Makanan grill seperti ayam, daging, kambing dan juga makanan laut turut dihidangkan. Alang-alang dah sampai sini, cubalah kambing grill mereka yang dianggap antara yang terbaik di JB.

Alamat: Taman Suria Muafakat, Larkin, Johor
Nombor Telefon: +60 17-711 1792
Waktu Operasi: 12.30 tengahari – 11.30 malam
Info: Kapten Steamboat & Grill


5. Seafood Nasi Goreng Daun Pisang
Menu istimewa di restoran ini adalah nasi goreng seafood yang dibungkus dengan daun pisang. Sebungkus nasi goreng sahaja anda boleh kongsi dengan 2 orang sebab portion yang diberikan sangat banyak. Sedap dan sangat berbaloi! Selain itu, anda boleh cuba menu lain seperti sotong/udang bakar butter, ikan bawal hitam bakar dan banyak lagi. Ikan bakar di sini style macam ikan bakar portugis yang dibakar dalam daun pisang, ada sambal, bendi dan dihidangkan bersama asam limau, boleh meleleh air liur!

Alamat: No. 101, Blok 1, Taman Stulang Laut, 83000 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 12-782 5523
Waktu Operasi: 6 petang – 12 malam
Info: Nasi Goreng Seafood Daun Pisang


6. Banafee Village
“Makanan bintang 5, harga kaki 5” itu adalah tagline restoran ini yang mementingkan kualiti makanan dan menawarkan harga yang berpatutan. Pelanggan berpeluang menikmati lebih 200 jenis makanan masakan ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand dan tempatan yang disajikan oleh chef berpengalaman. Di sini, terkenal dengan Sup Tulang Merah. Restoran ini beroperasi selama 24 jam. Jadi tak kisah pukul berapa pun anda teringin nak makan, boleh sahaja terus datang ke sini.

Alamat: Lot 9022, Jalan Dato’ Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon:+60 7-333 3377
Waktu Operasi: 24 Jam
Info: Banafee Village


7. Roslin Beriani House
Nasi Beriani sememangnya makanan terkenal di Johor. Restoran terbaik untuk merasa nasi beriani yang sedap adalah di restoran Roslin Beriani House. Keistimewaan nasi beriani di sini adalah aroma bau nasi berempah yang mampu menjerat nafsu makan sesiapa sahaja. Anda boleh memilih lauk-pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging dan juga kambing. Anda akan rasa kelembutan dagingnya yang empuk. Di sini anda akan dihidangkan dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang berempah, kemudian nasi beriani pula dihidangkan bersama lauk pauk pilihan.

Alamat: No. 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, Johor, 80250 Johor Bahru
Nombor Telefon: +60 7-331 3310
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.30 petang (Sabtu Tutup)
Info: Roslin Beriani House


8. Mee Rebus Haji Wahid
Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singgah ke medan selera Plaza Angsana. Satu lagi kedainya di uruskan oleh anaknya yang terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin. Selain mee rebus, Nasi Ayam dia pun sedap! Jom pekena Mee Rebus Hj Wahid. Rasa kepekatan serta keenakan kuah mee rebusnya memang tiada tandingan. Bila dah rasa sekali pasti nak lagi sampai boleh terbayang-bayang dalam mimpi! Mee Rebus Haji Wahid adalah yang terbaik di Johor.

Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 7-235 0443
Info: Mee Rebus Haji Wahid


9. Selera Senibong Seafood
Restoran ini terletak di tepi laut. Sambil makan bolehlah menikmati persekitaran yang tenang dengan udara yang nyaman. Di sini terdapat lebih kurang 6 hingga 8 buah restoran makanan laut dan anda mempunyai pelbagai pillihan untuk dipilih. Anda boleh merasa pelbagai menu makanan laut yang sememangnya segar-segar. Antara makanan laut yang ditawarkan adalah udang, sotong, ikan, ketam, kerang, dan lain-lain yang anda boleh pilih, kemudian cakap sahaja mahu masak apa dan mereka akan masakkan untuk anda. Pastinya sedap!

Alamat: Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor
Waktu Operasi: 4.00 petang – 2.00 pagi
Info: Selera Senibong SeafoodAlamat: Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor
Waktu Operasi: 4.00 petang – 2.00 pagi
Info: Selera Senibong Seafood


10. Medan Steamboat Luton Van
Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dijual di Medan Steamboat Luton Van ini. Antara menu kegemaran pengunjung sudah tentu makanan steamboat yang dihidangkan bersama kuah kacang. Terdapat juga menu seperti Mee Sup, Bakso, Rojak Petis, Tauhu/Char kue Bakar, Laksa Penang, Mee Rebus, Mee Goreng Kerang, Otak-Otak, Kacang Rebus, Burger dan lain-lain. Suasana di sini sangat ‘happening’ dengan pengunjung yang ramai terutama pada hari hujung minggu dan cuti umum kerana medan ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Alamat: Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 14-567 8901
Waktu Operasi: 5.00 petang – 1.00 pagi
Info: Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya


11. Kacang Pool Haji
Kacang pool Haji ini memang famous di Plaza Larkin. Kalau sarapan pagi memang wajib pekena kacang pool di sini. Ia adalah hidangan berasaskan kacang yang dimasak bersama daging cincang, dihiasi dengan potongan bawang, cili, dan limau kasturi beserta telur benjo di atasnya. Kacang pool ini sedap dimakan bersama roti bakar tebal yang rasa rangup di luar dan lembut di dalam. Rasa Kacang Pool Haji ini memang sedap hingga menjilat sudu! Selain kacang pool, di sini juga terdapat Tauhu Bakar, Rojak Buah, Nasi Lemak dan sebagainya.

Alamat: No.3, Medan Selera Larkin Bomba, (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80350 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 17-741 6843
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 malam
Info: Kacang Pool Haji


12. Salahuddin Bakery
Salahuddin Bakery ini boleh dikatakan popular di JB. Mereka masih menggunakan dapur arang, ori dan tradisional untuk membakar roti. Sesiapa yang suka makan roti tu bolehlah singgah ke Salahuddin Bakery. Di sini terdapat bermacam-macam jenis roti dan kuih. Produk utama di sini adalah Roti Perancis, Roti Kacang, dan Roti Kelapa. Semua roti di sini gebu-gebu dan lembut, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas. Antara kuih yang paling laris adalah kuih karipap yang mempunyai 3 jenis inti iaitu inti daging, ayam dan juga kentang.

Alamat: 26, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
Nombor Telefon: +60 12-766 8380
Waktu Operasi:9.30 pagi – 5.30 petang (Jumaat Tutup)
Info: Salahuddin Bakery


13. Eanna Delights
anna Delights menjual pelbagai kek, kek cawan & brownies. Terdapat pencuci mulut buatan sendiri. Mereka menggunakan bahan-bahan khas & bake-to-order sahaja. Mereka ini adalah pakar dalam kek perkahwinan, fondant & kek kustom. Pada mereka yang ingin belajar membuat kek, ada disediakan kelas untuk membuat kek juga. Dekat sini ada menu Western, Nasi Lemak Pandan & macam-macam desserts yang membuat anda terliur punya lah! Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Alamat: 49, Jalan Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru
Nombor Telefon: +607 232 7294
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin Tutup
Info: Eanna Delights


14. Bubur Nasi Istimewa No.1
Bubur Nasi Istimewa ini merupakan kedai makan yang menyediakan bubub nasi. Walaupun sekadar bubur, ianya seusatu yang menarik buat pelanggan yang gemar makan bubur. Bubur disini didatangkan dalam satu set yang mempunyai beberapa lauk seperti ikan bilis, telur masin dan sayur-sayuran. Kuantiti makanan yang dihidangkan sangat banyak dan kualiti makanan nya pula sangat berbaloi jika datang ke sini.

Alamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor, MalaysiaNombor Telefon: +6016 734 3246
Waktu Operasi: 06.00 petang – 02.00 pagi, 06.00 petang – 12.00 pagi (Ahad)
Info: Bubur Nasi Istimewa No.1