Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Menarik di Kuantan Pahang

Pahang yang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini mempunyai banyak tempat yang menarik boleh dilawati. Pahang mempunyai pelbagai kategori tempat menarik seperti pulau, pantai, kawasan tanah tinggi, taman tema, dan taman alam semula jadi yang boleh dikatakan serba lengkap. Jika disenaraikan semua tempat menarik di Pahang pasti terlalu banyak. Oleh itu, di bawah ini merupakan senarai tempat menarik yang terdapat di Kuantan Pahang dan yang berdekatan dengannya.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. Pantai Cherating
Pantai Cherating adalah salah satu tempat menarik di Kuantan yang sangat terkenal. Pantainya juga cantik dan bersih dan kemudahan penginapan sesuai dijadikan lokasi percutian bersama keluarga. Pelbagai kemudahan asas juga ada disini. Selain dari mandi pantai, anda juga boleh mengunjungi Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu dimana anda boleh melihat penyu secara lebih dekat. Anda boleh melihat tempat khas penyu menetas dan anak penyu yang baru menetas. Jika berpeluang anda juga boleh merasai pengalaman melepas penyu ke laut dengan bayaran RM5 bagi seekor anak penyu.


2. Bukit Panorama
Bagi mereka yang suka dengan aktiviti yang lebih mencabar, Bukit Panorama merupakan satu destinasi yang menarik di Pahang untuk anda cuba. Di sinilah tempat paling menarik untuk melihat matahari terbit di awal pagi. Ramai yang datang ke sini sebelum subuh untuk mula mendaki menerusi tangga dan denai yang disediakan untuk sampai ke kemuncak sebelum terbitnya mentari.

Alamat: Panorama Foothills, Malaysia

3. Melihat Kelip-kelip Di Sg. Cherating
Antara tarikan lain yang ada di Kuantan ialah melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Aktiviti menarik ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelancong dalam dan luar negara. Anda boleh pergi bersama keluarga atau rakan-rakan secara berkumpulan. Harga yang dikenakan ialah RM53 untuk sebuah bot. Satu bot hanya khas untuk 4 orang sahaja. Waktu aktiviti bermula dari jam 7.45 petang sehingga 10.30 malam. Kepada pengunjung semua, anda dilarang untuk menangkap kelip-kelip. Untuk memudahkan urusan pembelian tiket, pengunjung dinasihatkan supaya datang lebih awal.


4. Muzium Sungai Lembing
Sungai Lembing dahulunya dikenali sebagai sebuah tapak perlombongan bijih timah antara paling dalam dan yang terbesar di dunia. Kini hanya menjadi sebuah lokasi tempat bersejarah yang diuruskan oleh Jabatan Muzium. Bagi mereka yang sukakan sejarah dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan industri lombong bijih timah, bolehlah ke sini.

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 9-541 2378

5. Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun ini merupakan air terjun yang paling popular di Kuantan. Jika anda ingin berkelah dan berpiknik, inilah tempat yang paling sesuai. Anda boleh bersantai bersama seisi keluarga pada hujung minggu. Air Terjun disini yang tidak begitu dalam sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 16-922 4777

6. Taman Tema Air Bukit Gambang
Jika anda berada di kawasan pantai timur, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak di Kuantan, Pahang. Lokasinya kira-kira 35 kilometer atau 30 minit perjalanan dari Kuantan, BGRC menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan. Bertemakan ‘Stay Cool, Get Wet’, si kecil pasti teruja dengan Penguin Island, apatah lagi dengan kehadiran seekor ‘ikan pirana’ yang menyemburkan air.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Nombor Telefon: +60 9-548 8000
Waktu Operasi: 11.00am – 6.00pm (Jumaat tutup)

7. Air Terjun Pelangi
Untuk menuju ke Air Terjun Pelangi ini dikatakan tidak semudah untuk ke Air Terjun Pandan kerana lokasinya di pedalaman. Anda perlu menaiki pacuan 4WD dan melalui perkampungan orang asli dan beberapa anak sungai kecil. Kemudian, anda perlu berjalan kaki merentasi sungai kecil dan mendaki sedikit sebelum sampai ke lokasi Air Terjun Pelangi ini. Air terjun ini sangat tinggi. Pelangi yang sekejap timbul sekejap hilang ini boleh dilihat jika anda mandi dibawah melalui percikan air terjun terutamanya pada waktu pagi ke tengahari.

Alamat: Pahang, Malaysia

8. Mini Zoo Taman Teruntum
Mini zoo ini tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk masuk melihat haiwan-haiwan yang terdapat didalamnya. Zoo yang terletak lebih kurang 7 minit dari bandar Kuantan ini menempatkan beberapa jenis haiwan seperti kura-kura gergasi, burung unta, kancil, arnab, pelanduk dan banyak lagi. Anda boleh mencuba pengalaman memberi maakan kepada haiwan-haiwan tersebut dengan anak-anak. Pasti mereka akan berasa seronok.

Alamat:Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 9-567 3333

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN

1. Lila Wadi Restaurant
Restoran yang amat terkenal di kalangan penduduk setempat ini menyediakan makanan ala barat seperti steak dan burger. Antara menu yang menarik di sini ialah Shitake Mushroom Burger, Beef Surpreme, Seafood Surpreme dan banyak lagi. Makanan seperti nasi goreng, tomyam dan seumpama dengannya juga terdapat disini.

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 5.00pm – 12.00pm
Telefon: +60 12-985 0095

2. Jaman Tory Resepi
Jika anda teringin merasi masakan asli orang melayu Pahang, anda boleh ke sini kerana restoran ini menawarkan masakan Melayu Pahang. Menu yang amat popular malah menjadi trademark di sini ialah Char Koay Teow kerang bersama udang, Gulai Patin Masak Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak dan Ciss Terbakor(Nasi Goreng Cheese).

Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 12.00pm – 1.30am (Selasa tutup)
Telefon: +60 19-998 8212

3. Terminal Satay Zul
Satay disini dikatakan sangat sedap kerana tekstur satay yang lembut ditambah pula kuah kacang yang tidak begitu pedas dan tidak begitu manis dapat membuka selera anda. Bukan sahaja satay yangterdapat disini, makanan lain seperti nasi lemak, masakan panas seperti nasi goreng juga terdapat.

Alamat: No. A 2600, Jalan Alor Akar, Pahang, 25250 Kuantan, Malaysia
Waktu Operasi: 5.30pm – 12.30am
Telefon: +60 9-568 7859

4. Restoran Dallah
Restoran yang bertemakan Timur Tengah dan menyediankan masakan Arab ini terletak di antara Berjaya Mega Mall dan East coast Mall. Jika anda menggemari masakan Arab atau anda teringin merasai masakan Arab, anda boleh cuba makan di sini.

Alamat: NO.19, Ground Floor, ICT Hub, Jalan, Putra Square 4, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 12.00pm – 11.00am
Phone: +60 9-560 9029

5. Cendol Mustafa
Terasa inginkan sesuatu yang sejuk ketika berjalan di waktu panas? Cendol lah jawapannya. Jika ditanya pada penduduk tempatan Teluk Cempedak dimanakah cendol yang paling sedap di kawasan itu, pastinya Cendol Mustafa yang ialah jawapannya. Berbagai jenis cendol dijual disini. Bahan-bahan untuk membuat cendoldisediakan sendiri oleh pengusaha kedai menjadikan condol disini sangat istimewa.

Alamat: Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 11.30am – 7.00pm
Telefon: +60 16-939 8384