Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Menarik di Seremban

Seremban merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan. Walaupun Seremban bukan satu destinasi pelancongan yang popular, tetapi Seremban mempunyai tempat-tempat menarik yang harus anda lawati. Jika anda datang ke Seremban sebarang urusan lain, apa salahnya jika anda mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat di sini.

TEMPAT MENARIK

1. Muzium Negeri
Bangunan muzium yang bercirikan seni bina Minangkabau ini mempamerkan pelbagai artifak sejarah Negeri Sembilan seperti senjata dan banyak lagi. Muzium ini terletak di Kompleks Taman Seni Budaya. Di kompleks ini juga terdapat Istana Ampang Tinggi dan rumah Negeri Sembilan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bangunan unik yang dibina berasakan kayu ini amat mengagumkan.

Alamat: Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan, 70200, Seremban – Bukit Nenas Highway, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 6-763 1149

2. Istana Ampang Tinggi
Istana Ampang Tinggi juga terletak di Kompleks Taman Seni Budaya seperti Muzium Negeri. Istana ini asalnya dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam sekitar tahun 1865 dan 1870 diatas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Istana ini berkeluasan 66.5 kaki panjang dan 23.5 kaki lebar. Istana ini dibina dengan rekabentuk dan ciri-ciri senibina tradisional Minangkabau. Keindahan istana ini dapat dilihat dengan ukiran kayu yang sangat halus di sepanjang dinding dan juga ukiran ayat Al-Quran pada dinding dibahagian dalam istana serta kepingan-kepingan kayu berlian berbentuk sisik yang disusun dibumbung amat mengagumkan.

Alamat: Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan, 70200, Seremban – Bukit Nenas Highway, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 6-763 1149

3. Muzium Diraja Seri Menanti
Muzium ini merupakan sebuah istana pada asalnya. Ianya dibina pada tahun 1902 sehingga 1908. Jika anda ingin melihat rupa bentuk istana kerajaan Negeri Sembilan di zaman silam, anda boleh datang ke sini. Pengunjung boleh melihat hiasan dalaman, bilik-bilik istana dan juga koleksi-koleksi keluarga Diraja yang dipamerkan di sini. Muzium ini terletak kira-kira 30km dari Seremban.

Alamat: Kampung Buyau, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: +60 13-288 0401

4. Jelita Ostrich Show Farm
Di sini anda bukan sahaja dapat melihat burung unta, tetapi juga anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan burung unta itu seperti bermain dengan burung unta, memberi makan, menunggang burung unta dan banyak lagi.Tempat ini amat sesuai untuk dikunjungi bersama seisi keluarga.

Alamat: Lot 1504, Batu 6,Mukim 70100, Pantai, Negeri Sembilan, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 6-767 0707

5. Taman Tasik Seremban
Tasik yang merupakan tasik semula jadi tertua di Malaysia ini dijadikan kawasan rekreasi menarik di Seremban. Banyak kemudahan awam yang disediakan seperti pondok rehat, trek jogging, taman permainan kanak-kanak dan juga tandas. Tasik yang popular dikalangan penduduk setempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pada waktu petang dan pada hujung minggu.

Alamat: Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

6. Hutan Lipur Ulu Bendul
Bagi menikmati keindahan alam semulajadi dan bermandi-manda di air terjun, anda boleh ke Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Tanjong Ipoh, tidak jauh dari Seremban. Di sini pengunjung boleh bersantai, berkelah, mandi air terjun, merentas hutan atau mendaki Gunung Angsi yang terdapat di hutan lipur ini. Kemudahan seperti kedai makan, bilik air, tandas dan kawasan letak kereta disediakan di sini.

Alamat: 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-481 1036

7. Jeram Toi
Jeram Toi ialah taman rekreasi air terjun yang terkenal di Kuala Klawang, tidak jauh dari Seremban. Perjalanan ke kawasan air terjun mengambil masa lebih-kurang 30 minit dari pusat bandar. Pengunjung perlu mengikut laluan utama Seremban ke Kuala Klawang. Ianya adalah kawasan air terjun yang menarik dengan kolam mandi yang luas. Taman rekreasi ini sentiasa dipenuhi orang-ramai yang datang berkelah bersama keluarga terutama semasa hujung minggu.

Alamat: 86, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: +60 13-670 2168

TEMPAT MAKAN BEST

1. Nasi Arab Damsyik
Kedai ini dikatakan destinasi yang wajib anda tuju untuk menjamu selera jika berada di Seremban. Ramai yang telah datang ke kedai ini memberi reaksi positive tentangmakanan di sini. Keistimewaan di sini ialah makanan Arab yang berasal dari Damsyik. Setiap malam restoran ini akan di penuhi pelanggan.

Alamat: Jalan Paroi – Senawang, 70450, Seremban, Negeri Sembilan, 70450, Malaysia
Telefon: +60 12-933 5495
Waktu Operasi: 11.00am – 11.00pm

2. Popia Basah Kuala Kangsar
Resepi popia di sini merupakan sama dengan popia basah yang ada di Kuala Kangsar. Oleh itu gerai ini diberi nama sebegitu. Seperti namanya, gerai ini tentunya popular dengan popia basah. Walau bagaimanapun, gerai ini tidak hanya menghidangkan popia basah tetaapi juga makanan lain seperti popia goreng, rojak cucur, abc dan banyak lagi makanan lain. Jika anda ingin makan bersama rakan-rakan atau keluarga secara santai, di sinilah tempatnya.

Alamat: 1142, Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: +60 12-677 5830

3. Gerai Rajab, Benteng Seremban
Gerai ini dikatakan amat popular dengan Satay Minang yang dikatakan amat sedap. Pak Rajab yang berasal dari Bukit Tinggi Sumatera ini sudah lama berniaga. Gerai Rajab yang terletak di Benteng (tengah bandar) ini dibuka dari petang hingga malam.

Alamat: 18, Jalan Dato Abdul Rahman Seremban, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, 7000, Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 12.00pm — 12.00am

4. Satay Tulang Jelebu
Jarang didengari menu Satay Tulang ini. Kebiasaanya kita dengar Satay Kajang ataupun Willie Satay di Kuala Lumpur dan Selangor. Tetapi di Seremban ada satay tulang yang terletak di Dataran Senawang. Selain satay tulang, satay lain seperti satay ayam, daging perut, kambing, pedal dan lain-lain juga terdapat disini. Satay tulang adalah satay yang dicucukkan isi ayam dan tulang. Bagi anda yang belum pernah merasai satay ini, singgah la ke gerai ini untuk mencuba.

Alamat: 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 5.00pm – 10.00pm (Rabu tutup)
Telefon: +60 19-778 4157

5. Haji Shariff Cendol
Rata-rata penduduk tempatan tahu akan Haji Shariff Cendol ini. Gerai ini amat terkenal kerana ianya salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Menariknya, cendol di Negeri Sembilan adalah berlainan dengan cendol di negeri lain. Cendol di sini di buat menggunakangula enau atau gula kabung.

Alamat: 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 5.00pm – 10.00pm (Jumaat tutup)
Telefon: +60 19-778 4157

6. Restoran Wadi Ar Raudhah
Restoran yang besar ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk kampung termasuk masakan Negeri Sembilan. Pelbagai aneka jenis masak lemak cili api yang ada disini seperti ayam, ikan sungai, puyuh, aneka ulaman dan banyak lagi boleh anda dapatkan di sini. Semua makanan yang disajikan dikatakan sangat segar.

Alamat: Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 11.45pm (Ahad tutup)
Telefon: +60 13-478 2477