Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Terokai Keunikan Senai Johor

Tempat makan di Senai, Johor

1. Restoran D’Ambang
Restoran ini bertempat di Taman Senai Utama. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan melayu asli seperti nasi ayam penyet, nasi ambang, nasi pecel lele, sup gear box kambing, bubur nasi, ikan bakar, mee bandung, masakan ala thai dan bermacam lagi. Restoran ini juga, menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis majlis. Jika anda mahukan masakan melayu kunjunglah ke restoran ini.

Alamat: 1769 Jalan Senai Utama 1/2, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 19-757 6585
Waktu Operasi: 12PM–12AM

2. Warong Pak Abu, Kg. Jaya Sepakat
Jika ada mencari makanan panas yang sedap, Warong Pak Abu inilah yang patut dicuba. Terletak di Kampung Jaya Sepakat, Senai, warong ini menyediakan pelbagai menu masakan panas. Antara menu yang disediakan ialah nasi goreng udang, mee bandung, kuey tiaw goreng dan pelbagai lagi yang pasti dapat memuaskan selera. Jangan lupa untuk mencuba.

Alamat: 60, Jalan Berkat 2, Kampung Jaya Sepakat, 81400 Senai, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 7AM–9:30PM

3. Chamek Kopitiam
Terdapat beberapa cawangan Chamek Kopitiam yang di buka di sekitar Johor. Jangan lupa singgah ke kopitiam ini, kerana terdapat pelbagai menu menarik yang patut anda cuba. Tambahan pula, kopitiam ini menjanjikan setiap hidangan adalah yang terbaik untuk anda. Disyorkan untuk mencuba roti bakar berserta kopi. Pasti memuaskan hati anda.

Alamat: 30, Jalan Terminal 5, Senai, 81400 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 12-710 7220
Waktu Operasi: 11AM–10PM

4. #7BERADIK
Terkenal dengan menu Nasi Ayam Penyet membuat tempat makan ini menjadi pilihan ramai. Sajian ringkas digabungkan dengan ayam goreng yang rangup, menjadikan menu tersebut sempurna dan sedap. Tidak perlu risau akan lokasinya kerana kafe ini terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Pasti mudah bagi anda untuk mencarinya.

Alamat: No. 26, Jalam Terminal 5, Senai Center Point, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 81400 Senai, Johor
No. Telefon: 017-756 5446

5. Gerobok Pisang & Cendol Durian
Basahkan tekak anda dengan kesegaran cendol durian di dalam cuaca panas. Aroma santan dan gula Melaka, di tambah pula dengan isi durian yang kuning dan berlemak menjadikan satu kombinasi yang sangat menyelerakan. Di tambah pula dengan pisang goreng yang rangup pasti memberi kesegaran dan kepuasan ketika menjamu selera di sini.

Alamat: 782, Jalan Senai Utama 4/6, Taman Senai Utama, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 18-779 8340
Waktu Operasi: 1PM–6PM

Tempat menarik di Senai, Johor

1. Johor Premium Outlet (JPO)
Jika anda mahu membeli belah, di sini terdapat beberapa pusat membeli belah yang berdekatan. Anda boleh ke Johor Premium Outlet (JPO) yang merupakan tempat menarik untuk membeli-belah. Shopping mall terletak di Kulai ini, menempatkan banyak lot kedai yang menjual barangan berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya.

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-661 8888
Waktu Operasi: 10AM–10PM

2. AEON Mall
Selain itu, anda juga boleh membeli belah di Aeon Mall. Pusat membeli-belah ini juga terletak di Kulai. Di sini, terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan daripada pakaian sehinggalah makanan seperti Sembonia, Summit, Kenny Rogers atau Aeon Food Court dan Cosway. Terdapat juga panggung wayang dan tempat-tempat lain untuk anda berhibur. Di sekitarnya juga terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan.

Alamat: Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-663 7821
Waktu Operasi: 10AM–10PM

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Anda juga boleh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Selain dari menaiki kapal terbang, di sini anda boleh mendapatkan kemudahan dan juga membeli pelbagai barangan dan makanan. Terdapat, mesin bank, mesin ATM dan tempat tukaran wang. Jika mahu membeli-belah terdapat lot-lot kedai dan juga kedai bebas cukai.

Alamat: 81250, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, 81250 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-599 4500

4. Padang Golf
Sekiranya anda mahu lakukan aktiviti yang lebih santai, terdapat juga padang golf berdekatan. Padang golf yang luas dan mencabar ini, mampu menguji tahap kekuatan fizikal dan mental anda. Di sini terdapat dua tempat untuk bermain gold satu di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort.

Palm Resort Golf & Country Club

Alamat: Persiaran Golf,, Jalan Jumbo, Off Jalan Jumbo,, 81250 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-599 6222
Waktu Operasi: 7AM–8PM

IOI Palm Villa Golf & Country Resort

Alamat: Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-599 9099

5. Hutan Bandar Putra
Hutan Bandar Putra terletak di daerah Kulai dan bersebelahan dengan Senai. Anda boleh berjalan atau berjoging mengelilingi trek sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Jika anda pencinta haiwan, ada sebuah tasik yang besar dimana terdapat pelbagai jenis ikan yang dipelihara dan anda juga boleh memberi makan kepada ikan-ikan tersebut. Menariknya lagi, anda boleh melihat kapal terbang berlepas dan mendarat secara dekat.

Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai,Johor Darul Ta’zim.
No. Telefon: +607-661 2288

6. Starfish Leisure Farm
Star Fish Leisure Farm ialah sebuah kawasan yang penuh dengan kemudahan, penginapan dan aktiviti menghiburkan. Tempat yang terletak di daerah Kulai ini, menyediakan pelbagai aktiviti santai yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Antara aktivitinya ialah bot terapung, halangan air, kayak, dan aktiviti memancing. Anda juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil bermain.

Alamat: 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 16-778 2208

7. Upside Down Warm House
Upside down Warm House adalah satu tempat yang sangat unik dan berdekatan dengan Senai. Menariknya, semua susunan didalam rumah ini disusun dalam keadaan terbalik. Apa rasanya jika dunia kita terbalik? Untuk mengetahui bagaimana keadannya, kunjungilah Upside down warm house. Disini semua perkakasan dan hiasan disusun secara terbalik.

Alamat: 5019, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-599 5019

8. Teddy Town & Soapz Factory Malaysia
Di sini merupakan sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh belajar sambil bermain secara kreatif. Berikan anak-anak anda rasai pengalaman membuat patung beruang dan sabun sendiri. Pasti ia menjadi satu pengalaman yang menarik bagi anak-anak anda. Tempatnya, terletak di Kulai dan berdekatan dengan Upside Down Warm House. Jadi lepas melawat rumah terbalik jangan lupa singgah ke sini.

Address: 5002, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor, Malaysia
Phone: +60 12-250 6087

9. Kelapa Sawit Mural
Kelapa Sawit merupakan sebuah kampung kecil yang terletak di utara Kulai. Nama yang diberikan merujuk kepada penduduk kampung bergantung pada ladang berdekatan pada suatu masa dahulu. Kampung ini pernah dipanggil “Chang An Village” dan mempunyaipenduduk kira-kira sepuluh ribu orang yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Hakka. Tempat ini menarik untuk dilawati kerana terdapat mural dinding yang dimulakan oleh kumpulan seni tempatan sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun Malaysia pada 2014.

Alamat: Jalan Kelapa Sawit 3, Kampung Sri Paya, 81000, Johor, Malaysia

Tempat penginapan di Senai, Johor

1. Perth Hotel
Perth Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang terletak beberapa minit sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Hotel kelas perniagaan mewah ini, menawarkan 121 bilik yang selesa dan selesa dengan tetamu di rumah. Terdapat juga kemudahan lain di hotel seperti bilik persidangan, coffee house dan pelbagai lagi. Hotel ini disediakan kepada yang bertujuan perniagaan atau keluarga yang perlu merehatkan diri sebelum terbang ke destinasi seterusnya.

Alamat: 21, Jalan Terminal 1, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No. Telefon: +60 7-590 9922
Website: perthhotel.com.my